
Redmi Melebarkan Sayap Dengan Memperkenalkan Redmi TV Dengan Saiz 70 Inci – Dijual Pada Harga RM2242!!
Ini satu lagi peranti yang diperkenalkan oleh Redmi iaitu Redmi TV. Menerusi pengenalan peranti ini, memperlihatkan Redmi ingin melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan pelbagai produk.
Menariknya, peranti ini hadir dengan saiz skrin yang sangat besar iaitu 70 inci dengan resolusi 4K HDR. ia bukan sekadar tv yang biasa apabila hadir dengan pemprosesan imej Picture Quality Engine yang mana ia dikuasakan oleh Amlogic 64-bit 1.5GHz.

Melengkapi spesifikasi yang mantap ini adalah grafiknya hadir dengan GPU Mali-450 MP3. Turut dipadankan dengan memori sebesar 2GB dan storan 16GB.

Audio juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan Dolby Audio dan disokong dengan audio DTS-HD.

Secara fizikalnya, televisyen ini hadir 3x port HDMI, 2x port USB-A dan disertakan dengan teknologi Bluetooth 4.2, dan WiFi 802.11 b/g/n/ac.
Redmi TV ini bakal dijual pada harga RMB3,799 (kira-kira RM2242).
_______________________
Artikel Berkaitan:
- Redmi Note 8 Kini Rasmi Pada Harga bermula Dari RM589 –…
- Redmi Note 8 Pro Kini Rasmi Pada harga Bermula Dari RM825…
- [TERTIRIS] : Redmi Note 8 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk Kecil & Kotak…
- Hasil Gambar Low – Light Dari Lensa Redmi Note 8 Dikongsi – Ehem…Boleh Tahan!
- [TERTIRIS] : Redmi Note 8 Pro Bakal Dilengkapi Sistem Penyejukan Cecair & Bateri Berkapasiti…
- Siri Redmi Note 8 Sah Bakal Tampil Dengan MediaTek Helio G90T

