
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, Realme Malaysia dengan kerjasama Shopee telah menganjurkan promosi Realme Day yang membawa pelbagai tawaran menarik pada semalam (5 Ogos).
Seiring dengan promosi tersebut, Realme Malaysia telah mencatat rekod cemerlang yang mana 500 unit Realme C2 berjaya dijual hanya dalam 30 minit. Menurut Shopee, kedai rasmi Realme di Shopee menerima lebih daripada 110,000 kali peminat melayari.
Realme Day merupakan salah satu kempen yang dianjurkan di bawah Shopee Brands Festival, yang berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos. Pengguna yang berbelanja di Shopee Mall akan menerima tawaran dan promosi menarik, termasuk tawaran Shocking Sale serendah RM1 setiap hari, baucar Surprise Hour 50% serta hadiah sampingan apabila membeli produk terpilih.
Setiap pembelian di bawah Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan ketulenan 100% dan penghantaran percuma. Jika anda berminat juga pada peranti Realme, boleh layari kedai rasmi Realme di Shopee.
*Tertakluk kepada terma dan syarat

