
Alibaba Menaikkan Pegangan Di Dalam Groupon
Alibaba adalah nama yang sangat besar dan berpengaruh di dalam sektor e-komersil. Ia bukan sahaja memiliki platform perniagaan yang bernilai berbilion dolar, malah syarikat China itu giat dalam usaha memiliki pegangan saham di dalam perniagaan sedia ada.
Baru-baru ini Alibaba telah membeli 33 juta syer pegangan syarikat Groupon yang dianggarkan bernilai lebih dari 100 juta dolar. Pembelian syer tersebut menjadikan Alibaba pemegang keempat terbesar di dalam syarikat Groupon. Menurut sumber dari Alibaba, pembelian tersebut merupakan salah satu usaha Alibaba dalam merapatkan jurang dan untuk bertukar idea serta kepakaran antara China dan U.S.


