OPPO F9 Menawarkan ColorOS 5.2 – Ciri Google Lens Yang Lebih Bijak Untuk Menyempurnakan Kehidupan Harian Anda

OPPO secara rasminya mengumumkan peningkatan ColorOS pada peranti akan datang F9, versi 5.2 ini akan dioperasikan di bawah Android 8.1 Oreo. Ciri baharu yang ditambah termasuk Google Lens, Smartbar; Music On Display dan pengalaman penyuntingan video yang lebih lancar.

OPPO F9 bukan sahaja mempunyai rekaan yang moden dan elegan, bahkan kuasa dalamannya juga amat memberangsangkan. Siri OPPO F merupakan yang pertama hadir bersama Google Lens, teknologi ini mampu mengenal pasti objek dengan keputusan yang berkaitan tanpa perlu bergantung pada aplikasi pihak ketiga.

 

ColorOS 5.2 juga membolehkan anda mengedit video yang diambil dalam pelbagai segmen atau menggabungkan klip untuk mencipta cerita, tambahan lagi kehadiran Music On Display mampu memainkan video semasa video bermain di latar belakang, maka anda dapat mendengar muzik kegemaran di YouTube sekiranya peranti berada dalam “mod kunci”!

 

Fungsi Smart Bar tidak asing lagi bagi O-fans pada penampilan pertama di ColorOS 5.1, namun versi terkini telah menambah mod menegak berbanding yang sebelumnya hanya melintang. Dengan pilihan baru ini, anda boleh membalas mesej atau panggilan tanpa perlu menutup aplikasi.

Semakin berminat pada kehadiran OPPO F9 terkini, lebih banyak berita lanjut di pelancaran rasmi 16 Ogos ini.

Baca Juga:

 

 

You might also like