Ratusan Pemilik iPhone X Hadapi Masalah Untuk Menjawab Panggilan Telefon

Sejumlah kecil pengguna iPhone X di seluruh dunia telah melaporkan bahawa peranti yang mereka gunakan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka mendakwa iPhone X yang digunakan tidak dapat menjawab panggilan telefon apabila panggilan masuk.

Ada yang mengatakan isu ini terus berlarutan apabila skrin menyala 6-10 saat selepas panggilan masuk sekaligus pengguna tidak dapat menjawab telefon dengan segera. Melalui forum rasmi Apple, seramai lebih kurang 800 pengguna terkesan apabila mereka tidak dapat menekan butang terima atau menolak panggilan telefon.

Difahamkan masalah ini mula timbul sejak bulan Disember yang lalu. Pengguna yang sudah melakukan proses restart dikatakan masih mengalami isu yang sama. Buat masa ini, pihak Apple masih menjalankan siasatan dan mereka enggan mengulas lanjut.

Bagi eRing jika peranti semahal iPhone X, sepatutnya tiada sebarang masalah pun kan. Apakan daya.

Sumber

You might also like