Snapchat Ingin Kembali Popular Dengan Kemas Kini Terbaru

Snap Inc. hari ini mengumumkan aplikasi sosial Snapchat tidak lama lagi membolehkan pengguna berkongsi stories pada platfom media sosial lain.

Penambah baikan ini dibuat supaya pengguna tidak hanya tertumpu kepada Instagram sahaja. Malahan dapat menarik semula minat pengguna untuk menggunakan Snapchat. Selepas ini pengguna bebas untuk berkongsi stories mereka ke laman Facebook atau Twitter.

Jika perkongsian ingin dibuat kepada rakan yang tiada aplikasi Snapchat, pautan akan dihantar menerusi e-mel atau mesej. Ia boleh dibuka terus di pelayar internet.

Kemas kini ini akan ditawarkan kepada pengguna terawal bermula hari ini dan semua pengguna pada minggu hadapan.

Sumber

You might also like