
Sebelum ini, eRing ada menulis artikel mengenai Samsung yang telah memperkenalkan warna merah jambu bagi model Galaxy Note8, Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+.
Hari ini, bertempat di Galaxy Studio ia diperkenalkan secara rasmi kepada umum sempena sambutan hari Natal. Samsung Galaxy Note8 hadir dengan warna Soft Pink, manakala Galaxy S8 dan S8+ pula ditawarkan dalam warna Rose Pink yang pastinya menjadi kegilaan untuk golongan wanita.
Ditawaran pada harga RM3,999 (Galaxy Note8), RM3,299 (Galaxy S8) dan RM3,699 (Galaxy S8+), warna baru ini sudah boleh dibeli di pasaran sekarang. Dengan setiap pembelian, pengguna akan mendapat sarung pelindung merah jambu dari Alcantara bernilai RM209 serta diskaun 20% tiket penerbangan dari AirAsia X sementara stok masih ada.


