Xiaomi Bakal Tampilkan Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus

Xiaomi dikatakan akan mengumumkan model terbaru Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus pada 7 Disember ini dalam satu acara khas. Apa yang telah dikongsi oleh seorang wakil syarikat dari China ini ialah kedua-dua peranti akan hadir dengan empat pilihan warna dengan rekaan skrin hadapan hampir penuh.

Bagaimanapun, spesifikasi lebih lanjut masih lagi belum dikongsi bersama tetapi skrin depan akan mengikut trend semasa iaitu menggunakan paparan dengan nisbah 18:9. Fizikal luaran menggunakan kamera tunggal di belakang di samping pengimbas cap jari di bawah.

Buat masa ini, berkenaan tanda harga ia masih belum diketahui tetapi berkemungkinan Xiaomi akan menjualnya sekitar CNY1,000 iaitu sekitar RM614 untuk model asas 3GB RAM dan 32GB storan.

You might also like