Skrin Galaxy Note 8 Adalah Yang Terbaik Buat Masa Ini

Tidak perlu disangkal lagi, kebolehan Samsung dalam penghasilan paparan skrin sudah dibuktikan pada televisyen mereka. Pada tahun ini sahaja, Samsung Galaxy S8 telah dinobatkan sebagai paparan skrin terbaik untuk telefon pintar oleh DisplayMate.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan gelaran ini telah dirampas oleh Galaxy Note 8. Peranti terbaru ini telah berjaya merekodkan skor markah paling tertinggi sekaligus berjaya mengungguli carta teratas sebagai paparan skrin terbaik. Skrin Galaxy Note 8 kini lebih terang 22% iaitu 1,200 nits berbanding Galaxy S8 dengan hanya 1,000 nits. Ketepatan dalam warna juga telah dikonfigurasikan dengan baik oleh jurutera Samsung malah ciri HDR yang diletakkan di kedua-dua model ini menghasilkan imej yang lebih semula jadi.

Paparan jenis OLED kini semakin menjadi pilihan oleh kebanyakan pengeluar menyebabkan paparan LCD yang terdahulu semakin dilupakan. Ini kerana, paparan OLED dikatakan lebih efisyen dan menjimatkan kuasa bateri. Oleh itu, kami di Ering juga berasa sangat teruja untuk memegang peranti ini tidak lama lagi.

You might also like