[TEASER] Video Ringkas Mate 10 – Peranti Yang Berbaloi Untuk Ditunggu

Menggunakan tagline “Peranti yang berbaloi untuk ditunggu”, Huawei hari ini telah memuat naik sebuah video teaser ringkas mengenai kehebatan kejuruteraan kamera Leica mereka. Phablet yang menjadi produk flagship Huawei tahun ini dikatakan akan dipadatkan dengan pelbagai ciri menarik terutamanya fungsi dan kebolehan kameranya

Didalam video tersebut, ia tidak memaparkan sebarang nama peranti tetapi kami pasti ianya sebuah Huawei Mate 10. Melalui teaser ini, kamera utama akan menggunakan sensor 12 Megapiksel jenis RGB dan 20 Megapiksel jenis monochrome.

Menerusi gandingan kedua-dua sensor ini, kami yakin setiap gambar dapat dihasilkan dengan lebih cemerlang. Lihat saja pada model-model Huawei yang menggunakan sensor Leica terdahulu, hasil gambar diambil begitu terperinci sehinggakan peranti P10 telah menjadi juara untuk kategori Kamera Telefon Pintar dalam acara Pertubuhan Imej dan Bunyi Eropah (EISA) yang lalu.

Selain itu, Huawei Mate 10 turut dibekalkan paparan “Entire Display” yang mungkin bersaiz 6 inci bersama aspek nisbah 18:9 dengan resolusi QHD. Pemproses Kirin 970 juga sudah disahkan akan diguna pakai. Kepada yang masih belum tahu lagi, Huawei Mate 10 akan dilancarkan pada 16 Oktober depan di Munich, Jerman.

You might also like