
Samsung Galaxy S8 Cecah Jualan Sehingga 720,000 Di Korea Selatan
Samsung menjelaskan bahawa mereka telah menerima pra-tempah hampir 720,000 unit Galaxy S8 yang berlansung baru-baru ini. Demikian, jumlah itu hanya dalam negara sendiri, pada hari kedua sahaja pra-tempah mencecah 550,000 unit kata Dong-jin Koh selaku Pengerusi Komunikasi Samsung.

Yonhap News, China pula mengaitkan penjualan ini disebabkan rekabentuk dan kepercayaan pengguna pada Samsung semakin pulih dan permintaan ini di luar jangkaan mereka. Selain itu, jumlah ini mengatasi penjualan Galaxy Note7 pada hari pelancarannya namun penjualan Note7 telah dihentikan oleh kerana masalah letupan.
Paparan Samsung Galaxy S8 / S8+ Terjejas Dengan Perubahan Warna Merah
Samsung Galaxy S8 hadir bersama paparan sisi lengkung 5.8 inci QHD+ 2K Super AMOLED manakala satu lagi versi hadir pada paparan yang sama tetapi pada saiz yang lebih besar iaitu 6.2 inci. Pada bahagian kamera pula, sensor digunakan ialah 12MP yang mengagumkan bersama fungsi OIS dan kamera depan 8MP dengan focus automatik. Kedua-dua peranti ini menyokong slot memori tambahan, bateri pula sebesar 3000mAh dan 3500mAh serta kalis air IP68 yang tahan lasak.
https://www.youtube.com/watch?v=mKSVpOwB_jU
Sesi pra-tempah telah tamat di Malaysia, kepada sesiapa yang tidak sempat pada tempoh hari boleh menunggu sehingga hari pelancaran rasminya pada 5 Mei ini.

