
Intel Mengakhiri 2015 Dengan Pemilikan Baru
Syarikat pembuat cip pemproses Altera telah dimiliki Intel menjelang akhir tahun 2015 yang lalu. Proses pindah milik yang bernilai USD 16.7 bilion akan membawa pembaharuan dalam operasi Intel, di mana Altera akan beroperasi sebagai Programmable Solutions Group yang akan diketuai Dan McNamara. Intel juga berjanji bahawa pengguna sedia ada tidak akan terkesan dengan pengambil alihan tersebut dan mereka tetap akan menerima sokongan dan servis dari Intel.

