
Sukan kanak-kanak mengatasi pandemik korona: akademi bola sepak dari 211 buah negara mengemukakan calon untuk Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan
![]() |
MOSCOW, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ — 1 Mei merupakan tarikh akhir pendaftaran bagi calon yang ingin mengambil bahagian dalam Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan yang dianjurkan di bawah Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom, Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F). Kejohanan 2021 dalam talian akan dimulakan secara rasmi pada 14 Mei.

Children’s sport prevails over corona pandemic: football academies from 211 countries put forward candidates for Football for Friendship eWorld Championship
Berikutan terjadinya pandemik, projek F4F yang dianjurkan pada tahun ini akan dilaksanakan secara e-sukan sebagaimana pada tahun 2020. Kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 14 tahun dari 211 buah negara akan berhimpun di bawah 32 buah pasukan persahabatan untuk mengambil bahagian dalam e-Kejuaraan F4F 2021. Kejuaraan ini akan dipertandingkan pada simulator bola sepak “F4F World” yang tersedia secara percuma dalam 27 bahasa pada MS Windows, Apple MacOS, Android dan iOS. Simulator ini boleh digunakan di luar pertandingan oleh para peminat permainan dalam talian tersebut sepanjang tahun di seluruh dunia dan secara percuma.
Seperti yang dijelaskan oleh Victor Zubkov, Pengerusi Lembaga Penyelia Gazprom, “Memandangkan berlakunya Covid-19 dan sekatan yang berkaitan dengannya, kami membuat keputusan yang singkat pada tahun 2020 untuk beralih kepada format digital buat sementara waktu. Dengan melakukan sedemikian, kami ingin kanak-kanak kekal berhubung antara satu sama lain dalam sebuah rangkaian seluruh dunia yang bersatu di bawah naungan sembilan nilai F4F.”
Dalam hanya beberapa minggu, simulator berbilang pemain F4F World telah dicipta. Ia adalah sebuah platform yang membolehkan perlawanan antara pasukan antarabangsa dianjurkan dalam masa nyata. Selain itu, F4F telah memulakan perbincangan yang meluas tentang cara untuk menyesuaikan bola sepak kanak-kanak dengan situasi pandemik korona yang berleluasa.
Acara kemuncak Kejohanan 2021 ini ialah undian rasmi pasukan pada 14Mei, kem Persahabatan Antarabangsa dalam talian dari 15 hingga 23 Mei dan Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 yang bermula dari 27 hingga 29 Mei.
“Saya amat berharap agar pandemik ini segera berlalu dan acara bola sepak yang penuh aksi serta sukan lain dapat diadakan secara luaran dengan udara yang segar dan sinaran matahari. Meskipun begitu, kami sedang memasuki era digital baharu dengan memanfaatkan komunikasi hibrid secara aktif,” kata Frank Ludolph, Ketua Jabatan Pendidikan Bola Sepak UEFA, pada akhir tahun 2020.
Photo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/sukan-kanak-kanak-mengatasi-pandemik-korona-akademi-bola-sepak-dari-211-buah-negara-mengemukakan-calon-untuk-kejuaraan-eworld-bola-sepak-untuk-persahabatan-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/sukan-kanak-kanak-mengatasi-pandemik-korona-akademi-bola-sepak-dari-211-buah-negara-mengemukakan-calon-untuk-kejuaraan-eworld-bola-sepak-untuk-persahabatan.jpg
Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Oil/Energy Sporting Events Sports Utilities Children-related news
Source: PRNEWSWIRE