Inovasi PDI Menghubungkan Kemudahan dan Ekosistem Industri Petroleum

Syarikat ini mengurangkan kerumitan dengan membolehkan automasi dan pengalaman pelanggan yang lebih baik 

ATLANTA, 25 Mei 2021 /PRNewswire/ — PDI (www.pdisoftware.com), sebuah penyedia perisian terkemuka global untuk industri kemudahan runcit dan borong petroleum, hari ini mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk melabur lebih $100 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mendorong inovasi, meningkatkan pengalaman pelanggan dan menghubungkan ekosistem perisian industri tersebut—memberikan penyelesaian baharu yang mendorong seluruh industri untuk maju ke hadapan.

“PDI telah memperkukuhkan portfolionya, menyatukan peningkatan yang menggunakan data masa nyata dan perisian penyambungan yang menjadi asas bagi kejayaan berterusan industri ini,” kata Rohit Mehra, Naib Presiden Rangkaian Infrastruktur IDC. “Ia adalah serba lengkap untuk mencipta pengalaman pengguna yang meluas dan terhubung yang akan membantu pelanggan meningkatkan skala dengan selamat.”

PDI menyedari cabaran yang dihadapi pengendali disebabkan kekurangan masa, sumber, automasi dan alat untuk menyampaikan pemahaman atas permintaan. Penyelesaian baharu, integrasi yang lebih ketat dan inovasi yang lebih pantas merupakan keutamaan teratas bagi PDI. Kemas kini terkini yang ketara merangkumi:

  • Platform Keselamatan PDI: Memudahkan pengurusan, pemantauan dan melindungi perniagaan daripada ancaman siber.
  • Integrasi Data Harga Bahan Bakar: Memanfaatkan data masa nyata untuk mengautomasikan tugas harian dan meningkatkan strategi harga.
  • API Platform Penghantaran: Menggabungkan rakan pesanan awal dan penghantaran seperti Vroom Delivery dan membenarkan produk untuk dikemas kini secara automatik dari Buku Harga PDI.
  • Kumpulan Inovasi Yang Baru Ditubuhkan: Pengeluaran awal seperti Load Board, menyediakan pertukaran muatan atas permintaan antara syarikat dan pengangkutnya yang membolehkan pengangkut melihat atau membida muatan berdasarkan kelayakan.

Pelanggan PDI telah pun memanfaatkan teknologi baharu ini. Peruncit petrol terkemuka Applegreen yang beroperasi di Eropah dan A.S., bergantung pada PDI untuk penyelesaian ERP, Harga Bahan Bakar dan Keselamatannya. “Pasaran bahan api amat mencabar pada tahun ini dan kami sememangnya sangat memerlukan alat untuk memenuhi janji kami iaitu ‘harga bahan bakar yang sentiasa rendah’ kepada pelanggan kami,” kata Lee O’ Connor, Ketua Bahan Bakar dan Analitik Runcit Applegreen, Ireland. “Penyelesaian Harga Bahan Bakar PDI adalah mudah untuk diintegrasikan dan dilaksanakan dengan sistem sedia ada kami serta memberikan gambaran tentang turun naik harga yang membantu dalam memenuhi janji kami.”

“Mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih lancar dan menjadikannya lebih mudah untuk menjalankan perniagaan dengan PDI merupakan keutamaan kami,” kata Jimmy Frangis, Ketua Pegawai Eksekutif PDI. “Kami banyak melabur di dalam warga kerja dan perisian kami untuk membantu pelanggan kami membawa kemudahan dan tenaga ke seluruh dunia.”

Frangis akan berkongsi strategi inovasi PDI semasa Siaran Langsung “Spark: Memperkasakan Kemungkinan” pada 8 Jun 2021 pukul 10:30 pagi waktu EDT.

Ketahui lebih lanjut di ppreftware.com/spark.

Tentang PDI 
Perisian Professional Datasolutions, Inc. (PDI) membantu perniagaan dan jenama meningkatkan jualan, beroperasi dengan lebih cekap dan selamat serta meningkatkan pembuatan keputusan yang kritikal. Sejak tahun 1983, PDI dengan bangganya telah berkhidmat dalam industri kemudahan runcit dan borong petroleum. Lebih 1,500 buah syarikat yang mewakili lebih 200,000 lokasi di seluruh dunia, bergantung kepada penyelesaian dan kepakaran PDI untuk memberikan kemudahan dan tenaga ke seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang PDI, sila layari www.pdisoftware.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Erin Farrell Talbot, Farrell Talbot Consulting, Inc.
917-232-9309 I erin@farrelltalbot.com 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/inovasi-pdi-menghubungkan-kemudahan-dan-ekosistem-industri-petroleum.jpg

Source: Professional Datasolutions, Inc.

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Oil/Energy Retail Utilities Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like