SpaceChain dan Eurasian Space Ventures Menandatangani MOU untuk Menjalankan Pembangunan Projek Angkasa Lepas Bersama

ALMATY, Kazakhstan, 25 Mei 2021 /PRNewswire/ — BERSEMPENA DENGAN KONSENSUS OLEH COINDESK – SpaceChain dan Eurasian Space Ventures (ESV) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk kerjasama dan pembangunan projek bersama yang sedang dijalankan dalam bidang teknologi angkasa lepas dan rantaian blok.

Diasaskan oleh ahli perniagaan dan usahawan, Shukhrat Ibragimov, ESV merupakan sebuah syarikat berhad yang berdaftar di Kazakhstan dengan matlamat untuk berfungsi sebagai hab antarabangsa bagi projek angkasa dan organisasi berkaitan yang ingin memanfaatkan infrastruktur angkasa lepas dan ekosistem yang sudah mantap di negara ini.

Melalui perjanjian tersebut, kedua-dua syarikat akan bertukar-tukar maklumat dan kepakaran serta menggabungkan idea baharu dan membangunkan projek bersama dalam bidang teknologi angkasa lepas dalam tempoh dua tahun.

SpaceChain akan meneroka peluang usaha sama dengan rakan kongsinya dalam industri angkasa lepas global untuk memanfaatkan kemudahan dan infrastruktur angkasa lepas sedia ada di Kazakhstan. ESV akan memudahkan komunikasi dengan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Republik Kazakhstan yang juga dikenali sebagai Gharysh Sapary, bagi pihak kedua-dua buah syarikat tersebut. 

“Kami sedang menjalin kerjasama yang berharga dengan SpaceChain yang bukan sahaja membantu memperlihatkan apa yang boleh ditawarkan oleh Kazakhstan sebagai hab angkasa lepas antarabangsa tetapi yang lebih penting adalah untuk membantu organisasi meneroka angkasa lepas sebagai wadah inovasi untuk kelebihan dan kejayaan yang kompetitif,” kata Shukhrat Ibragimov, Pengasas ESV. “Melalui penggabungan dan penyepaduan kepakaran serta pengetahuan kedua-dua buah syarikat dalam rantaian blok dan angkasa lepas, kami berasa amat teruja kerana telah mengambil langkah bersejarah ini dengan SpaceChain dalam mendorong inovasi dan pembangunan seterusnya dalam sektor angkasa lepas yang didemokrasikan.”

Sebagai permulaan, ESV akan mengendali dan menguruskan dua projek angkasa lepas bersama yang dibangunkan dengan SpaceChain untuk pertukaran mata wang digital Biteeu yang akan menggunakan infrastruktur bergred angkasa lepas pada orbit SpaceChain bagi melaksanakan transaksi pelbagai tandatangan dan sandaran data Bitcoin yang ultra selamat; dan Divine – sebuah projek komuniti yang memanfaatkan teknologi angkasa lepas untuk menyiarkan audio al-Quran secara percuma kepada umat Islam dan sesiapa sahaja yang ingin memahami Teks Suci Umat Islam tersebut di seluruh dunia.

“Kami memasuki era baharu penerokaan angkasa lepas dan memanfaatkan teknologi angkasa lepas sebagai suatu wadah untuk inovasi perniagaan. Bekerjasama dengan ESV akan melengkapkan usaha berterusan kami dalam membangunkan rangkaian satelit berasaskan rantaian blok sumber terbuka yang selamat dan tidak berubah untuk penggunaan syarikat teknologi kewangan (fintech) dan tidak berpusat,” kata Zee Zheng, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SpaceChain. “Kami akan terus mengenal pasti lebih banyak kes penggunaan komersial untuk teknologi angkasa lepas dan ia menjadi kepercayaan teguh kami bahawa kerjasama dengan ESV akan membantu mempercepat proses tersebut.”

Tentang SpaceChain 

SpaceChain menggalakkan infrastruktur tidak berpusat untuk Ekonomi Angkasa Baharu. Penggabungan teknologi angkasa lepas dan rantaian blok SpaceChain menjadikan pembangunan aplikasi angkasa lepas lebih mudah dan membuatkan angkasa lepas lebih mudah diakses. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.spacechain.com.

Tentang Eurasian Space Ventures 

Misi ESV adalah untuk menarik syarikat, teknologi dan pakar terkemuka dalam industri angkasa lepas komersial ke Kazakhstan serta berfungsi sebagai pusat sehenti bagi projek dan pembangunan baharu dalam industri tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eurasian.space

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/spacechain-dan-eurasian-space-ventures-menandatangani-mou-untuk-menjalankan-pembangunan-projek-angkasa-lepas-bersama.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/spacechain-dan-eurasian-space-ventures-menandatangani-mou-untuk-menjalankan-pembangunan-projek-angkasa-lepas-bersama-1.jpg

Keywords: Aerospace/Defense Banking/Financial Service Computer/Electronics Joint ventures New products/services Religion Blockchain Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like