
Pengeluar Kontrak Elektronik Terbesar Di Dunia memilih Suit Perisian Unit Radio arttha5G PureSoftware untuk mempercepat Penggunaan Produk 5G
![]() |
![]() |
NEW YORK, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ — PureSoftware hari ini mengumumkan bahawa Pengeluar Kontrak Elektronik Terbesar di Dunia telah memilih suit perisian Unit Radio (RU) arttha5G miliknya bagi memacu produk RU 5G mereka.
Ini akan mempercepat ketersediaan produk Radio Baharu (NR) 5G pengeluar tersebut dan menjadi peneraju dalam pengeluaran produk NR 5G. Ia juga akan memperoleh manfaat daripada perisian MIMO RU masif
arttha5G
generasi hadapan yang menawarkan sokongan bilangan antena yang tinggi dengan daya pemprosesan multi-gigabit berprestasi tinggi serta kecekapan kuasa yang terbaik dalam kelasnya.
Peningkatan data pengguna akhir berserta permintaan kependaman rendah memacu mmWave berkapasiti tinggi dan Unit Radio sub 6 GHz, dengan pembentukan pancaran digital yang tepat dan penghantaran berkapasiti tinggi yang cekap. Suit produk perisian arttha5G membolehkan pelanggan melancarkan rangkaian 5G dengan fleksibiliti yang luas, prestasi tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah di samping menangani cabaran saiz dan berat bagi konfigurasi radio tahap tinggi seperti 64T64R.
Perkhidmatan dan suit produk arttha5G PureSoftware juga menangani cabaran saling kendali rangkaian 5G berbilang produk dengan pelbagai teknologi yang kompleks.
“Penggunaan 5G bukan sekadar menaik taraf kelajuan rangkaian sedia ada. Ia merupakan suatu pengalaman menyeluruh yang akan memenuhi keperluan kesalinghubungan pada masa hadapan dan menjadikannya tersedia ‘di mana-mana sahaja’ dengan mendayakan berbilion-bilion peranti terhubung,” kata Anil Baid, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Strategi PureSoftware. “Sungguh bertuah dapat dikaitkan dengan pengeluar kontrak elektronik terbesar di dunia dan bekerjasama dalam membina produk 5G yang inovatif demi dunia yang terhubung sepenuhnya menggunakan teknologi NR 5G dan piawaian O-RAN. Dengan memanfaatkan suit produk arttha5G, mereka mampu mengeluarkan produk RU dengan kelebihan masa pasaran, mengoptimumkan penguasaan operasi, muatan beban yang lebih besar demi menyokong kelajuan yang semakin meningkat pada kependaman rendah.”
“Saya teruja dengan satu lagi tambahan produk berprestij kepada senarai pelanggan arttha5G kami. Usaha sama ini akan membawa penyelesaian 5G yang canggih ke pasaran global, menyediakan kesalinghubungan yang semakin baik dan mengubah produktiviti dan pertumbuhan perniagaan,” kata Sameer Jain, Ketua Pegawai Perniagaan PureSoftware.
Tentang PureSoftware dan Arttha5G:
PureSoftware ialah sebuah organisasi produk dan perkhidmatan berasaskan IP dengan sejarah yang kukuh dalam pembinaan produk yang inovatif dan menyediakan perkhidmatan kepada bidang teknologi tinggi, teknologi kewangan, teknologi kesihatan, peruncitan dan hiburan. Produk arttha5G direka bentuk bagi menyediakan perniagaan dalam memperoleh manfaat penggunaan 5G. Produk yang mampu dipertingkat dan sangat fleksibel ini dibentuk supaya dapat disesuaikan dengan mudah terhadap keperluan penghantaran yang sentiasa berevolusi. Ia menawarkan penyelesaian yang memenuhi prestasi, kualiti, masa pasaran, penyesuaian pantas, dan sokongan.
Hubungi:
Gyaneshwari Tiwari
gyaneshwari.tiwari@puresoftware.com
+91-8376932369
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/pengeluar-kontrak-elektronik-terbesar-di-dunia-memilih-suit-perisian-unit-radio-arttha5g-puresoftware-untuk-mempercepat-penggunaan-produk-5g.jpg
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1516998/Arttha_5G_Logo.jpg?p=medium600
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Contracts
Source: PRNEWSWIRE