Gunzilla Games akan Membangunkan IP Penembak Berbilang Pemain AAA Baharu Menggunakan Unreal Engine

LOS ANGELES, 25 Mei 2021 /PRNewswire/ — Gunzilla Games hari ini mengumumkan bahawa ia akan menggunakan Unreal Engine Epic Games untuk IP penembak tanpa judulnya yang akan datang. Setelah mempertimbangkan dengan teliti beberapa pilihan yang ada di pasaran, pasukan teknikal Gunzilla memutuskan bahawa Unreal Engine merupakan padanan terbaik untuk menghidupkan IP Gunzilla berdasarkan kit peralatannya yang kukuh dan fungsinya yang banyak.

Timur Davidenko, Ketua Pegawai Teknologi Gunzilla yang mengetuai pembangunan CryEngine sebagai Pengarah Teknikal dan mengusahakan Far Cry, Warface dan Crysis berkata: “Permainan kami akan melangkaui batasan teknologi bagi apa sahaja yang berpotensi dalam pembangunan permainan dan Unreal Engine memiliki segala yang diperlukan bagi memenuhi janji ini. Unreal telah menjadi tulang belakang kepada pelbagai judul inovatif dan akan menyediakan kami dengan pelbagai alat dan ciri yang membolehkan kami menyampaikan pengalaman permainan dengan teknikal yang mantap sekali gus menetapkan tanda baharu untuk industri.”

“Setelah mengusahakan francais Gears of War, saya menyedari sepenuhnya bahawa Unreal Engine merupakan alat yang sangat hebat yang berjaya menterjemahkan visi artistik permainan ke dalam pengalaman visual yang mengasyikkan. Sama ada ia pemandangan sekeliling, watak atau senjata, Unreal mendayakan cita-cita artistik terbesar bagi para pencipta permainan,” tambah Jussi Keteli, Pengarah Seni Gunzilla. “Ketika Unreal terus berkembang maju, saya menantikan kewujudan peluang-peluang baharu yang disediakan untuk permainan kami pada masa akan datang.”

Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Vlad Korolev dan Alexander Zoll, Gunzilla Games merupakan pembangun AAA bebas baharu yang mengusahakan IP penembak berbilang pemain generasi seterusnya di tiga lokasi metropolitan: Frankfurt, Jerman (Ibu Pejabat); Los Angeles, AS; dan Kyiv, Ukraine. Setelah membina satu pasukan seramai 85 orang dalam masa setahun dan masih berkembang secara aktif, Gunzilla dibina berdasarkan keinginan untuk berinovasi dan melangkaui batasan industri dan Unreal Engine merupakan alat yang sempurna bagi Gunzilla untuk mencapai matlamat tersebut. 

Selain Timur dan Jussi, pasukan Gunzilla turut menampilkan Richard K. Morgan iaitu pengarang siri Altered Carbon yang telah diadaptasikan menjadi rancangan Netflix yang popular; dan Olivier Henriot yang membantu mencorakkan kisah permainan terkemuka seperti Assassin’s Creed, Far Cry, The Division dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Gunzilla, sila layari https://gunzillagames.com/en/.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/gunzilla-games-akan-membangunkan-ip-penembak-berbilang-pemain-aaa-baharu-menggunakan-unreal-engine.jpg

Hubungan Media
Gunzilla Games
Arianne Garin
Pengurus Jenama
Press@gunzillagames.com 
+4917672354641

Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like