
Pendaftaran kini dibuka untuk FIRST, Pengalaman Digital Baharu daripada Institute of Food Technologists
![]() |
CHICAGO, 28 April 2021 /PRNewswire/ — Pendaftaran kini dibuka untuk Makanan yang Ditingkatkan Melalui Penyelidikan, Sains dan Teknologi (FIRST), sebuah pengalaman digital baharu yang diusahakan oleh Institute of Food Technologists (IFT). Semua program dan pembentangan akan diadakan secara maya dari 19-21 Julai 2021, manakala Solution Exchange (Pertukaran Penyelesaian) akan ditawarkan dari 19-23 Julai 2021.
Cef terlatih, personaliti televisyen dan penulis, Carla Hall akan menjadi hos untuk acara selama tiga hari ini. Penceramah-penceramah utama terdiri daripada Duta Ertharin Cousin, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Food Systems for the Future dan Dr. Lisa Dyson, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Air Protein. Carrie Schlemme, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Renewal Mill yang juga pemenang acara yang julung-julung kali diadakan oleh IFT iaitu IFTNEXT Food Disruption Challenge (Cabaran Gangguan Makanan IFT NEXT), akan menjadi hos bagi acara IFTNEXT Food Disruption Challenge pada tahun ini.
“Sebagai sebuah komuniti sains dan inovasi makanan, IFT berada pada kedudukan yang unik untuk menghimpunkan pakar global, usahawan dan penyedia penyelesaian bagi membincang dan mencetuskan cara baharu yang inovatif untuk menyelesaikan cabaran paling besar yang dikaitkan dengan makanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IFT, Christie-Tarantino Dean. “Walaupun kami tidak dapat bersama secara fizikal, IFT teruja untuk melancarkan FIRST dan menyediakan para hadirin dengan forum yang diperibadikan disertai dengan penyelesaian untuk merungkai masalah, berkongsi pengetahuan dan mengembangkan hubungan strategik.”
Sebagai pembaharuan pada tahun ini, FIRST akan menampilkan program pemadanan mantap yang dinamakan FIRST Solution Exchange, yang akan menawarkan syor pembekal tersuai, menguruskan mesyuarat secara bersemuka dan menampilkan ruang pameran interaktif. Lanjutan daripada pengalaman ini ialah Solution Suite (Rangkaian Penyelesaian), sebuah pasaran maya yang komprehensif yang memberi peluang kepada para peserta untuk memanfaatkan ruang pameran pembekal bagi mempelajari serta berinteraksi dengan para pakar tentang produk dan perkhidmatan terkini.
Aspek lain yang penting dalam pengalaman digital ini termasuk:
- Program Saintifik Terurus: Program saintifik ini akan menjawab persoalan “Kelaparan Sifar: Adakah kita akan mencapainya?” Sesi yang dijalankan akan membentangkan tentang pemahaman, penyelidikan dan penyelesaian industri yang terkini yang disasarkan untuk menangani krisis kelaparan global.
- Pameran Pembekal: Para hadirin akan memperoleh pemahaman tentang trend baru muncul, mengakses sumber perniagaan yang berharga dan membina hubungan strategik melalui pembentangan interaktif dan atas permintaan serta pameran daripada pembekal, semua ini direka untuk memperluas peluang kerjaya dan perniagaan.
- Pusat Syarikat Permulaan: Syarikat permulaan yang inovatif dari seluruh dunia akan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka sebagai sebahagian daripada Pusat Syarikat Permulaan. Peluang melaksanakan program dan membina rangkaian untuk syarikat permulaan juga akan ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memajukan kepintaran perniagaan dan sains makanan serta memperluas ekosistem profesional mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar, sila layari iftevent.org.
Tentang IFT
Institute of Food Technologists (IFT) ialah sebuah organisasi global yang terdiri daripada kira-kira 12,000 ahli individu dari 95 buah negara yang komited untuk memajukan sains makanan. Sejak tahun 1939, IFT telah menyatukan pakar terbaik dalam bidang sains makanan, teknologi dan profesion yang berkaitan daripada sektor akademik, kerajaan dan industri untuk menyelesaikan cabaran makanan yang paling sukar di dunia. Organisasi kami berusaha untuk memastikan bahawa ahli-ahli kami mempunyai sumber yang diperlukan agar mereka dapat belajar, berkembang dan memajukan sains makanan ketika populasi dan dunia semakin berkembang. Kami percaya bahawa sains penting untuk memastikan bekalan makanan global yang lestari, selamat, berkhasiat dan boleh diakses oleh semua orang. Untuk maklumat lanjut, sila layari ift.org.
Source: PRNEWSWIRE