ERT dan Bioclinica Menyelesaikan Penggabungan dan Menjadi Peneraju Global Ujian Klinikal Titik Akhir

PHILADELPHIA, 28 April 2021 /PRNewswire/ — ERT, peneraju global dalam penyelesaian data titik akhir klinikal, hari ini mengumumkan selesainya proses penggabungan syarikat tersebut dengan Bioclinica, sebuah syarikat teknologi dan saintifik yang terkemuka dalam pengimejan klinikal. Gabungan ini mewujudkan sebuah syarikat peneraju global dalam teknologi titik akhir ujian klinikal serta usaha sama dalam farmaseutikal dan bioteknologi terkemuka yang menyediakan teknologi terbaik, kepakaran saintifik dan terapeutik serta inovasi digital dengan fokus yang berterusan terhadap perkhidmatan pelanggan.

Urus niaga ini menggabungkan kepakaran Bioclinica dalam pengimejan, perisian e-klinikal dan penyelesaian keselamatan ubat-ubatan, dengan kepakaran ERT dalam e-COA, keselamatan jantung, pernafasan dan item boleh dipakai. Melalui penggabungan ini, ERT mengukuhkan portfolio pengumpulan data titik akhir yang paling komprehensif dan mantap dalam industri dengan penyelesaian digital bersepadu yang lebih besar di seluruh titik akhir yang penting – termasuk pengimejan, pernafasan, kardio, e-COA dengan peranti yang terhubung serta gerakan yang tepat.

Syarikat gabungan ini komited untuk bersama-sama mempercepat pelaburan utama di pasaran dalam penyelidikan dan pembangunan untuk membawakan lebih banyak teknologi titik akhir bersepadu dan menyediakan akses yang lebih luas kepada pasukan perubatan dan saintifik dalam industri. Pendekatan bersepadu ini akan meningkatkan pengalaman ujian klinikal kepada pelanggan, pesakit dan lokasi kemudahan.

“Kami teruja mengalu-alukan kerjasama dengan Bioclinica dan berharap dapat menyampaikan pencapaian ujian klinikal yang lebih hebat kepada pelanggan kami melalui penawaran bersepadu dan pelan inovasi kami yang diperluas,” kata Joe Eazor, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ERT. “Ketika kami merancang masa depan yang menyeronokkan ini bersama-sama, kami ingin memastikan bahawa perkhidmatan semasa kami diteruskan tanpa gangguan atau perubahan dan kami juga mendengar pelanggan kami dengan teliti untuk memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik.

“Organisasi baharu kami yang digabungkan ini akan merealisasikan komitmen kami untuk mempercepat inovasi dalam persekitaran ujian klinikal yang kompleks dan bergerak pantas pada masa kini. Ini akan mendorong kami menjadi rakan kongsi yang lebih berkebolehan pada pandangan para pelanggan kami dan yang lebih penting, ia akan meningkatkan keupayaan kami untuk membantu meningkatkan kesihatan dan menyelamatkan nyawa.”

Joe Eazor ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gabungan ini dan pasukan pengurusan akan terdiri daripada gabungan para eksekutif daripada ERT dan Bioclinica.

Ketahui lebih lanjut tentang integrasi ERT dan Bioclinica dengan melayari laman web khusus penggabungan.

Tentang ERT
ERT (eResearch Technology) ialah sebuah syarikat teknologi dan data global yang meminimumkan ketidakpastian dan risiko dalam ujian klinikal supaya para pelanggannya dapat mengorak langkah dengan penuh keyakinan. Dengan pengalaman klinikal dan terapeutik selama hampir 50 tahun, ERT mengimbangi pengetahuan dengan visi untuk mencapai matlamat seterusnya, supaya ia boleh disesuaikan tanpa mengurangi standard.

Dikuasakan oleh platform teknologi EXPERT® syarikat, penyelesaian ERT meningkatkan pemantauan ujian, membolehkan pengoptimuman lokasi, meningkatkan penglibatan pesakit dan mengukur keberkesanan rawatan klinikal baharu sambil memastikan keselamatan pesakit. Pada tahun 2019, 75% daripada kesemua kelulusan ubat-ubatan FDA datangnya daripada kajian yang disokong oleh ERT. Syarikat farmaseutikal, bioteknologi dan organisasi penyelidikan klinikal (CRO) bergantung kepada penyelesaian ERT pada sejumlah 16,000 kajian yang merangkumi lebih daripada lima juta pesakit setakat ini. Dengan mengenal pasti risiko ujian lebih awal sebelum ia mendatangkan masalah, ERT membolehkan pelanggan menyampaikan rawatan klinikal kepada pesakit dengan cepat ─ dan dengan keyakinan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ert.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Hubungan Media ERT
Terry Stanulis
Pengarah, Perhubungan Awam dan Pemikiran Kepemimpinan
terry.stanulis@ert.com
+1 (862) 288-0329

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/ert-dan-bioclinica-menyelesaikan-penggabungan-dan-menjadi-peneraju-global-ujian-klinikal-titik-akhir.jpg 
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/ert-dan-bioclinica-menyelesaikan-penggabungan-dan-menjadi-peneraju-global-ujian-klinikal-titik-akhir-1.jpg

Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers

Source: PRNEWSWIRE

You might also like