Corong Tak Simetri RF elements Diundi sebagai Penerima Anugerah Produk Tahunan WISPA 2020 bagi tahun kedua berturut-turut

BRATISLAVA, Slovakia, 28 April, 2021 /PRNewswire/ — Bagi tahun kedua berturut-turut, rangkaian produk Antena Corong Tak Simetri RF elements telah dipilih oleh ahli Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Wayarles (WISPA) sebagai penerima Anugerah Produk Tahunan. Majlis Penganugerahan ini diadakan di WISPAmerica 2021 di Dallas, Texas.

RF elements Asymmetrical Horns Voted for 2020 WISPA Product of the Year Award for the second consecutive year
RF elements Asymmetrical Horns Voted for 2020 WISPA Product of the Year Award for the second consecutive year

Populariti Antena Corong Tak Simetri RF elements sedang berkembang maju mencapai tahap baharu.

“Anugerah ini adalah berdasarkan pilihan WISP untuk menggunakan produk kami dan menjadi bukti bahawa janji-janji kami tentang kemampuan teknologi kami sememangnya benar. Teknologi kami menzahirkan betapa antena untuk jalur frekuensi tidak berlesen sepatutnya berfungsi. Penggunaan spektrum secara bertanggungjawab, pertumbuhan yang mampan dan prestasi terbaik dalam kelas tersendiri merupakan ungkapan yang tepat bagi menggambarkan teknologi kami. Produk kami direka bentuk supaya lebih menonjol berbanding dengan produk lain di pasaran dan menjadi pelengkap misi kami yang cukup sempurna demi mengubah seluruh industri secara asas. Teknologi kami memberikan prestasi RF yang diperlukan untuk menyelesaikan isu terbesar yang dihadapi oleh industri wayarles iaitu ketersediaan spektrum,” kata Juraj Taptic, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RF elements.

“Sejak dari dahulu, industri wayarles telah mendorong tanggapan yang serong berkenaan masalah utama yang dikaitkan dengan wayarles dan cara ia diselesaikan dengan sewajarnya. Antena jenis Simetri, Tak Simetri dan UltraHorn kami telah memberikan sinar harapan kepada kelemahan antena dalam industri wayarles. Antena kami membolehkan pereka bentuk rangkaian menghindari pengumpulan dan perambatan hingar pada peringkat awal. Pengendali rangkaian kini boleh menggunakan spektrum mereka dengan cekap di samping meningkatkan kadar celus rangkaian secara mampan. Yakni, apabila mengambil kira perkembangan dan permintaan untuk keterhubungan internet, ia menjadi pengubah keadaan yang sebenar,” ujar Tasos Alexiou, Penggiat Produk di RF elements.

RF elements ialah sebuah syarikat teknologi Eropah. RF elements mengilang dan menjual produk perangkaian wayarles kepada penyedia perkhidmatan. Teknologi antena RF elements menyelesaikan isu terbesar yang dihadapi perangkaian wayarles iaitu ketersediaan spektrum. Penyelesaian tersebut berdasarkan set antena titik capaian yang terluas dalam industri dengan ciri-ciri radiasi yang unik dan penyambung pandu gelombang nirhilang yang membolehkan peluasan skala rangkaian tanpa had. Penyedia perkhidmatan yang menggunakan teknologi antena RF elements memperoleh manfaat menerusi pencapaian kadar celus yang jelas lebih tinggi dalam jalur tidak berlesen dengan pulangan pelaburan yang memberangsangkan. RF elements berpangkalan di Bratislava, Slovakia dan mempunyai sokongan pasaran tempatan di Amerika Syarikat, Ireland, Mexico dan Afrika Selatan.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/corong-tak-simetri-rf-elements-diundi-sebagai-penerima-anugerah-produk-tahunan-wispa-2020-bagi-tahun-kedua-berturut-turut-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/corong-tak-simetri-rf-elements-diundi-sebagai-penerima-anugerah-produk-tahunan-wispa-2020-bagi-tahun-kedua-berturut-turut.jpg

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Awards

Source: PRNEWSWIRE

You might also like