Pelayan pertama pusat data yang diperakui untuk kelestarian

101
- Iklan -

Seperti produk IT lain, produk pusat data juga menghadapi cabaran sosial dan alam sekitar. Dengan Hewlett Packard Enterprise sebagai perintis, pelayan pertama kini diperakui mengikut kriteria kelestarian yang ketat dalam TCO Certified. 

STOCKHOLM, 16 April 2021 /PRNewswire/ — TCO Certified merupakan pensijilan kelestarian terkemuka global untuk produk IT. Dengan kriteria alam sekitar dan sosial, TCO Certified merangkumi kitaran lengkap produk yang terdiri daripada tanggungjawab rantaian bekalan, bahan berbahaya dan menggalakkan kriteria kitaran. Pendekatan kitaran hayat ini menyebabkan lebih banyak produk kitaran tersedia kepada para pembeli.

First servers for data centers certified for sustainability
First servers for data centers certified for sustainability

Organisasi semakin memerlukan produk IT yang lebih lestari. Cabaran bagi kebanyakan pembeli adalah untuk mengesahkan bahawa jaminan kelestarian yang dibuat oleh jenama IT untuk produk mereka adalah sahih. Dengan TCO Certified, pengesahan bebas bukan lagi pilihan tetapi ia sentiasa disertakan. Pematuhan terhadap semua kriteria disahkan secara bebas sepanjang tempoh hayat sijil tersebut, memastikan pengguna dan pembeli profesional diberi maklumat yang tepat dan boleh dibandingkan.

“Setiap tahun lebih 20,000 jam diperuntukkan untuk mengesahkan produk serta kilang tempat produk itu dikeluarkan, menurut kriteria dalam TCO Certified. Kami tahu bahawa pengisytiharan yang dibuat sendiri semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mendorong perubahan — ujian produk di makmal ujian bebas dan pemeriksaan kilang oleh juruaudit bebas adalah penting,” kata Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif TCO Development iaitu organisasi di sebalik TCO Certified.

Hewlett Packard Enterprise merupakan jenama pertama yang pelayannya memenuhi kriteria ketat TCO Certified bagi produk pusat data.

“Kami mengharapkan lebih banyak jenama akan menyusul selepas ini. Minat terhadap kategori produk pusat data kami adalah tinggi, terutamanya daripada industri yang ingin memohon TCO Certified untuk produk mereka serta komuniti pembelian yang mahukan produk dengan jaminan kelestarian yang disahkan secara bebas,” Sören Enholm menyambung.

“Dalam Product Finder (Pencari Produk) kami, anda boleh mencari produk yang diperakui dan mendapatkan akses kepada data yang menyokong kelestarian produk tersebut. Fungsi Product Watcher (Pemerhati Produk) kami yang baharu juga memudahkan pembeli untuk mengesan langkah-langkah kelestarian dan kategori produk yang diminati,” kata Sören Enholm.

Ke arah kelestarian produk IT 

TCO Certified yang berpengalaman lebih 25 tahun, merupakan pensijilan kelestarian terkemuka di dunia bagi produk IT. Kriteria komprehensif kami direka untuk mendorong tanggungjawab sosial dan alam sekitar di sepanjang kitaran hayat produk. Merangkumi 11 kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan disahkan secara bebas bagi prapensijilan dan juga pasca pensijilan.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/pelayan-pertama-pusat-data-yang-diperakui-untuk-kelestarian.jpg

Sila hubungi:
Cassandra Julin
+46(0)702866861
press@tcodevelopment.com 
Bilik Akhbar

Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Not for profit

Source: PRNEWSWIRE