Pameran Canton ke-129 Dibuka Hari ini, 2.7 Juta Produk Sedia untuk Perniagaan Global dengan Pengalaman Dioptimumkan

101
- Iklan -

GUANGZHOU, China, 16 April 2021 /PRNewswire/ — Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) hari ini membuka sesi ke-129nya yang juga merupakan pameran digital ketiganya. Sebanyak 260 ribu pempamer mempersembahkan 2.7 juta produk yang memecah rekod dalam 16 kategori, 82 ribu daripadanya akan menjadi produk baharu.

Pempamer akan mempamerkan produk mereka melalui persembahan digital yang canggih seperti gambar, video, 3D dan strim langsung termasuk 2,600 bilik pameran realiti maya serta 137 pelancaran produk baharu dalam talian.

Xu Bing, jurucakap Pameran Canton menyatakan bahawa Pameran Canton ke-129, yang dibina berdasarkan dua sesi digital terdahulu yang diadakan dengan jayanya pada tahun 2020, mengoptimumkan selanjutnya platform digitalnya bagi memudahkan komunikasi perniagaan yang boleh diakses dan mudah antara pembekal dan pembeli.

Pameran Canton ke-129 Dibuka Hari Ini, 2.7 Juta Produk Sedia untuk Perniagaan Global dengan Pengalaman Dioptimumkan
Pameran Canton ke-129 Dibuka Hari Ini, 2.7 Juta Produk Sedia untuk Perniagaan Global dengan Pengalaman Dioptimumkan

“Pameran Canton telah menggalakkan pertukaran perdagangan dan menstabilkan rantaian bekalan industri global selama bertahun-tahun dan kami berharap agar sesi ke-129 dapat menyumbang kepada corak pembangunan baharu China yang mana pasaran domestik dan asing dapat saling menggalakkan antara satu sama lain,” kata Xu.

Pameran Canton tahun ini membawakan penambahbaikan fungsian bagi mendayakan pemadanan perniagaan yang cekap termasuk memanfaatkan sumber dalam strim langsung, membolehkan akses mudah kepada Pusat Bantuan, menawarkan alat pengurusan Pusat Pempamer yang dinaik taraf dan menyediakan sistem khidmat pelanggan pintar dengan sokongan berbilang bahasa.

Bertujuan untuk memberi pengalaman yang optimum kepada pembeli sepanjang berlangsungnya acara perdagangan antarabangsa dalam talian besar-besaran tersebut, Pameran berkenaan turut merangkumi penyertaan inklusif dengan insentif dan aktiviti segmen pasaran bersasaran. Memfokuskan “Inisiatif Jalur dan Jalan” serta negara-negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Pameran Canton bekerjasama erat dengan persatuan perniagaan antarabangsa. 44 acara maya pra-pameran dianjurkan di 32 negara menerusi topik-topik mencakupi promosi, pemadanan dan penandatanganan perjanjian kerjasama, berserta lebih 300 latihan untuk pembeli luar negara, pemasaran langsung emel dan program perkongsian global, telah membantu pembeli global memahami industri-industri sasaran dan kategori-kategori produk yang menarik minat mereka yang dipamerkan di Pameran Canton.

Bagi membolehkan pembeli menjalankan perniagaan tanpa halangan merentas sempadan, Pameran Canton memperkenalkan pelbagai perkhidmatan sokongan seperti penyelesaian profesional, pembiayaan hinggalah kepada insurans, sokongan logistik untuk pengangkutan, pemeriksaan hinggalah kepada pensijilan kualiti serta sokongan kastam dalam talian dan tafsiran dasar.

Daftar untuk Pameran Canton di https://buyer.cantonfair.org.cn/en/register/selectiveId untuk lebih banyak peluang!

Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Trade show news

Source: PRNEWSWIRE