TerraPay menembusi pasaran pembayaran Akaun Bank di Amerika Syarikat dan Kanada untuk memudahkan pemindahan wang antarabangsa dan pengiriman wang merentas sempadan pada hari yang sama

100
- Iklan -

– Kehadiran global TerraPay kini menjangkau 70 buah negara

– Syarikat ini komited untuk memupuk mobiliti digital yang inklusif untuk semua serta membina lebuh raya pembayaran digital yang boleh dipercayai dan melangkaui sempadan 

THE HAGUE, Belanda, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ — TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global terkemuka, mengumumkan pengembangannya ke dalam pembayaran Akaun Bank di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada untuk memudahkan pengiriman wang merentas sempadan digital dan pemindahan wang yang pantas kepada pengirim (rakan kongsi dan pelanggan mereka) daripada koridor utama di seluruh dunia. Objektif TerraPay adalah untuk membina lebuh raya pembayaran digital global yang menghubungkan institusi kewangan seperti Bank-bank dan Dompet Mudah Alih di seluruh dunia, memupuk penyertaan, kebebasan dan pemerkasaan kepada semua yang berada dalam ekosistem global.

Para pengguna di seluruh negara dan benua ini yang pada masa sekarang mempunyai akses tradisional kepada pemindahan bank secara terus ke AS dan Kanada, kini boleh menghantar dan menerima kiriman wang terus ke akaun bank mereka dengan lebih cekap dan pada kadar amalan terbaik global melalui rangkaian rakan kongsi TerraPay. Dengan pemasukan ini, jejak global TerraPay menjangkau 70 buah negara.

Pasaran Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai ekosistem pembayaran yang berpotensi besar yang merangkumi keperluan pembayaran Perniagaan, Peribadi dan Pendidikan yang signifikan. Ini memberi peluang kepada pasaran tersebut yang mempunyai jutaan pelajar dan pekerja migran daripada seluruh dunia yang berhijrah untuk mendapatkan pendidikan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Dengan pengembangan TerraPay ke dalam ekonomi tanpa tunai ini, para individu dan perniagaan di seluruh dunia yang perlu membuat pembayaran sama ada dalam jumlah kecil, sederhana atau besar ke Amerika Syarikat atau Kanada boleh melakukannya melalui rangkaian rakan kongsi global TerraPay yang kukuh dan mempunyai lebih 4 bilion Bank serta lebih 500 Juta Dompet Mudah Alih. Enjin saling kendali canggih TerraPay membolehkan pelanggan rakan kongsinya mengirim dan menerima pembayaran melalui platform yang boleh diskala, selamat, telus dan cekap serta pemberitahuan kredit yang terjamin pada hari yang sama. Kesemua ini boleh dilakukan dengan pengesahan yang nominal.

“Kami berbangga mengumumkan pengembangan kami ke dalam pembayaran akaun bank di Amerika Syarikat dan Kanada yang memperluas jangkauan kami kepada 70 buah negara di seluruh dunia. Dengan memudahkan transaksi pemindahan wang antarabangsa dan pengiriman wang merentas sempadan pada hari yang sama, kami menawarkan suatu kelebihan kepada pelanggan rakan kongsi kami. Amerika Syarikat dan Kanada merupakan salah satu ekonomi tanpa tunai terbesar di seluruh dunia yang memberi peluang yang tepat kepada kami untuk meningkatkan operasi pada masa hadapan. Kami berharap dapat meneroka dua buah destinasi baharu ini pada lebuh raya pembayaran global kami ,  kata Ani Sane, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Perniagaan TerraPay.

Mengulas tentang penembusan ke wilayah terkemuka yang baharu tersebut, Philip Daniel, Pengarah Serantau TerraPay berkata, “Pada masa ini, terdapat lebih 5 juta pelajar yang sedang belajar dan bekerja jauh dari negara asal mereka. Kebanyakan populasi pelajar dan migran yang lain ini menetap di negara-negara seperti Amerika Syarikat, UK, Australia, Jerman, Kanada dan lain-lain, menyumbang sebanyak $300 bilion kepada ekonomi. Bagi para pelajar, perbelanjaan berbilion dolar ini digunakan untuk membayar yuran permohonan, yuran pengajian, kad debit di luar dan dalam kampus serta untuk menampung kos sara hidup. Oleh itu, adalah jelas terdapatnya potensi pasaran yang besar bagi transaksi kiriman wang digital merentas sempadan yang lancar. Penyelesaian kami membolehkan pemindahan dana P2P dan B2B pada hari yang sama berbanding saluran perbankan tradisional yang ada sekarang yang mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk pemindahan dana. Rakan kongsi dan pengguna akhir kami mendapat manfaat daripada penjimatan kos yang lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan serta mengubah masa depan pemindahan wang digital yang cekap.” 

TerraPay telah memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi global kepada perbankan, pengendali pemindahan wang, pengendali dompet mudah alih dan institusi kewangan terkemuka untuk memudahkan transaksi digital tanpa sempadan. Sebagai sebuah syarikat B2B, TerraPay bekerjasama dengan perniagaan lain dan membantu mereka memanfaatkan platform teknologi yang tangkas, selamat dan berskala untuk mempertingkatkan usul pelanggan mereka dalam pengiriman wang, pembayaran dan perbelanjaan merentas sempadan. TerraPay dikawal selia di lebih 45 buah negara di seluruh dunia.

Tentang TerraPay 

TerraPay ialah penyedia penyelesaian dan infrastruktur pembayaran digital berlesen yang meneroka lebuh raya pembayaran global. Asas syarikat yang kukuh dan teknologi platform inovatif ini berfungsi sebagai enjin saling kendali digital yang membolehkan pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia untuk menghantar dan menerima pembayaran secara selamat, telus, cekap dan dalam masa nyata. Rangkaian yang tangkas menyokong instrumen pembayaran dan jenis pembayaran yang pelbagai di samping mematuhi peraturan dan standard pematuhan yang kompleks di pasaran yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, sila layari terrapay.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/terrapay-menembusi-pasaran-pembayaran-akaun-bank-di-amerika-syarikat-dan-kanada-untuk-memudahkan-pemindahan-wang-antarabangsa-dan-pengiriman-wang-merentas-sempadan-pada-hari-yang-sama.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Corporate Expansion New products/services Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE