AMS and Revature melancarkan kerjasama strategik untuk menangani kekurangan kemahiran teknologi dan meningkatkan kepelbagaian dalam tenaga kerja melalui inisiatif kemahiran bertaraf dunia

95
- Iklan -

Gabungan tawaran ini memberikan pendekatan bersepadu yang unik dan memanfaatkan program pembangunan kemahiran teknologi yang membolehkan syarikat-syarikat membina keupayaan digital yang diperlukan untuk pekerja sedia ada atau akan datang

LONDON, 8 Mac 2021 /PRNewswire/ — AMS (dahulunya dikenali sebagai Alexander Mann Solutions), sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyumberluaran dan penasihat bakat global, mengumumkan kerjasama strategik dengan Revature, sebuah syarikat pembangunan bakat teknologi terkemuka. Pakatan baharu ini membolehkan para pelanggan menangani kekurangan kemahiran teknologi dengan memperluas kemahiran bakat baharu dan sedia ada bagi membolehkan organisasi bersaing dengan lebih baik dalam pekerjaan pada masa hadapan.

Ketika perubahan pantas menjadi norma masa kini, pewujudan tenaga kerja yang dibina untuk membawa perubahan memerlukan tumpuan yang lebih tinggi terhadap kemahiran berbanding jumlah pekerja serta penyelesaian bersama AMS dan Revature melengkapkan organisasi bagi melakukan perubahan ini. Kemahiran teknikal merupakan keperluan mutlak yang mendorong setiap perniagaan, namun set kemahiran digital sedang berubah dengan pantas dan menjadikannya semakin sukar bagi organisasi untuk bersaing dengan warga kerja mereka yang sedia ada atau mendapatkan bakat baharu daripada pasaran. Laporan Trend Perjawatan 2021 SIA (SIA Staffing Trends 2021) mengesahkan keperluan ini dengan melaporkan tentang kekurangan pengambilan pekerja yang berpengalaman berbanding permintaan serta “peningkatan pengawasan dan tekanan masyarakat terhadap organisasi bagi menangani kebolehkerjaan jangka panjang pekerja” sebagai faktor utama. Pergantungan kepada pengambilan bakat teknologi yang berpengalaman tidak lagi dapat menyokong keperluan ini — pilihan kemahiran mesti disepadukan dalam landskap pengambilan teknologi secara keseluruhan.

AMS dan Revature secara bersama-sama menangani keperluan kritikal ini untuk meningkatkan kemahiran bakat sedia ada dalam organisasi bagi menutup jurang kemahiran yang penting dan mengekalkan bakat melalui peluang untuk mobiliti dalaman. Kerjasama ini maju selangkah ke hadapan melalui pendekatan unik yang juga mengenal pasti bakat kerjaya awal dan meningkatkan kemahiran teknologi semasa bekerja sebagai bahagian yang penting dalam strategi pemerolehan bakat yang lengkap — memupuk pakar teknologi generasi seterusnya yang sesuai bagi setiap keperluan khusus organisasi. Gabungan kedua-dua taktik ini menyediakan alternatif strategik untuk bersaing dan “membeli” bakat digital berpengalaman yang mahal di samping mewujudkan peluang yang membawa kepada tenaga kerja yang lebih pelbagai dan inklusif.

David Leigh, Ketua Pegawai Eksekutif AMS mengulas tentang kerjasama tersebut: 

“Kemahiran digital merupakan perubahan paling pantas di tempat kerja pada masa kini dan keupayaan untuk bersaing memberi kesan yang luar biasa terhadap prestasi perniagaan. AMS telah lama diiktiraf sebagai perintis dalam bidang pemerolehan bakat dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan pelanggan untuk memperkuat strategi kakitangan mereka, terutamanya di tengah-tengah perubahan yang berterusan. Namun, kami juga menyedari bahawa tenaga kerja masa hadapan perlu memperbaharui dan meningkatkan kemahiran bakat mereka secara berterusan serta kerjasama kami dengan Revature akan mempercepat kemampuan kami dalam memberikan pendekatan holistik ketika kami menangani kekurangan kemahiran teknologi. Kami gembira dapat bekerjasama dengan sebuah organisasi yang mempercayai dan menyokong matlamat kami untuk membantu pelanggan mencapai ketangkasan tenaga kerja yang sebenar.”

Ashwin Barath, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Revature berkata: 

“Revature teruja untuk bekerjasama dengan AMS dalam usaha kami untuk menyediakan bakat kejuruteraan perisian peringkat kemasukan yang terbaik dan keupayaan transformasi tenaga kerja kepada peneraju industri dunia dan organisasi teknologi mereka. Keupayaan kami untuk membangun dan meningkatkan tenaga kerja pelanggan kami adalah tiada tandingan. Satu-satunya cabaran terbesar yang dihadapi oleh firma-firma yang berubah secara digital adalah untuk menarik bakat yang cemerlang dan memberi serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka yang sedia ada selaras dengan objektif strategik mereka. AMS and Revature menyahut cabaran ini dengan suatu kerjasama yang benar-benar unik yang memanfaatkan kekuatan dan jangkauan global setiap firma. Matlamat kami adalah untuk menjadi rakan kongsi bakat strategik pilihan kepada setiap syarikat yang percaya kepada modal insan dan keupayaannya untuk memantapkan organisasi teknologi dalam mengejar keunggulan persaingan.”

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/ams-and-revature-melancarkan-kerjasama-strategik-untuk-menangani-kekurangan-kemahiran-teknologi-dan-meningkatkan-kepelbagaian-dalam-tenaga-kerja-melalui-inisiatif-kemahiran-bertaraf-dunia.jpg

Sila hubungi: 
Vickie Collinge 
vickie@bluesky-pr.com 
+44 (0)1582 790705

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Outsourcing Businesses Joint ventures New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)

Source: PRNEWSWIRE