Huawei Umum Pecah Rekod Jumlah Penghantaran Peranti Sebanyak 200 Juta Unit Bagi Tahun 2018

Huawei Consumer BG mengumumkan penghantaraan telefon pintar bagi tahun 2018 telah melebihi 200 juta unit ekoran daripada sokongan pengguna di seluruh dunia dan kekuatan pada produk telefon pintar termasuklah Huawei P20 dan Mate 20 Series serta Honor 10. Ini merupakan rekod terbaharu yang dicatat oleh Huawei.

Sejak dari 8 tahun kebelakangan ini, penghantaran telefon pintar Huawei telah meningkat dari 3 juta unit pada tahun 2010 kepada 200 juta unit pada tahun 2018. Huawei telah menjadi pengilang kedua terbesar di dunia dengan bahagian pasaran global adalah 14.6%. Ketika ini ia telah digunakan oleh 500 juta pengguna di lebih daripada 170 buah negara.

Huawei P20 series sekali lagi mempertingkatkan taraf fotografi pada telefon pintar yang mana ia membuktikan bahawa walaupun nipis dan bergaya namun ia tetap mampu menghasilkan gambar bertaraf profesional. Sejak ia dilancarkan pada Mac, penghantaran secara global telah melebihi 16 juta unit yang memperlihatkan separuh daripada jumlah tersebut adalah pengguna wanita.

Huawei Mate 20 Series yang berteknologi tinggi dan disertakan dengan cip yang berkuasa, Kirin 980. Cipset terdiri daripada pemproses 7nm dan lebih kuasa A76-based+G76 architecture. Komponen ini membenarkan Mate 20 series memberikan pengalaman yang menakjubkan dan menjadikan telefon ini lebih pintar. Dalam masa 2 bulan telefon ini telah dihantar lebih daripada 5 juta unit.

Dalam pada itu, bagi golongan muda, Huawei Nova series menjadi pilihan disebabkan rekaan yang menarik dan visual yang inovatif. Kesan daripada skema warna Nova 3 yang berani dan sistem swafoto yang inovatif menjadikan telefon ini telefon swafoto paling popular bagi tahun 2018. Nova 4 pula menyambung legasinya dan menyampaikan elemen inovatif seperti paparan penuh dan terbaik. Menjelang penghujung tahun 2018, Nova series telah terjual lebih daripada 65 juta unit yang menjadi pendahulu bagi peranti kelas pertengahan.

Dalam pada itu, siri flagship bagi Honor telah menguasai industri telefon pitar melalui revolusi teknik pemprosesan dan keunikan rekaannya. Honor 10 yang merupakan salah satu telefon dalam kategori flagship yang tercantik pastinya disertakan dengan penampilan yang inovatif dan rekaan yang interaktif. Disertakan dengan ‘Beauty AI’ telah menarik minat pengguna.

Baca juga:

 

 

You might also like