Huawei nova 3: 3 Kriteria Penting Bermain Game Seperti Seorang Pro

Umum mengetahui bahawa telefon pintar kini mengalami revolusi pada fungsinya yang mana ia bukan sahaja memfokuskan kepada panggilan atau bermesej sahaja, kini kesemua peranti telefon pintar memberikan fokus dalam penghasilan telefon pintar yang sesuai untuk bermain permainan mudah-alih. Jadi tidak hairanlah kesemua pengeluar telefon berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon yang berspesifikasi mampu menyokong permainan mudah-alih.

Justeru, Huawei tidak mahu ketinggalan dalam penghasilan telefon pintar gaming dan selari dengan itu, Huawei telah menghasilkan Huawei nova 3 yang akan memberikan pengalaman yang berbeza buat pengguna.

Jadi apakah kriteria-kriteria penting yang perlu ada bagi bermain permainan mudah-alih pada telefon pintar gaya seorang profesional? Berikut adalah kriterianya.

 

1. Papan visual yang besar, memaksimakan kepuasan

Saiz skrin sebenarnya merupakan antara faktor kepuasan bermain permainan mudah-alih dapat dicapai. Dengan saiz yang besar, pastinya kesan visual dan grafik daripada permainan tersebut dapat dilihat dengan penuh keterujaan. Pemain akan lebih selesa melihat paparan yang lebih luas pada paparan skrin.

Bermain permainan seperti PUBG akan lebih mudah dengan paparan yang lebih besar kerana menembak sasaran akan lebih mudah dilakukan kerana target mudah dilihat dengan paparan skrin yang besar.

Paparan skrin yang besar ini boleh dilihat menerusi Huawei nova 3 ini yang disertakan dengan paparan skrin 6.3 inci dengan FHD+ 2340 x 1080 piksel, 409ppi pastinya akan memberikan kepada pengguna kepuasan paparan ketika bermain.

 

2. Keasyikkan audio, menambah keterujaan

Tidak lengkap jika bermain permainan pada telefon pintar tanpa sistem audio yang baik. Sistem audio yang baik akan memaksimakan kepuasaan bermain dengan bunyi kesan tembakan, kuasa yang dikeluarkan oleh watak dalam permainan tersebut.

Malahan lagu yang mengasyikkan ketika permainan sedang berlangsung, pastinya menambahkan rencah dalam memberikan kepuasan di tahap maksima dan memberikan keterujaan kepada pemain untuk bermain gaya seorang profesional.

Justeru tidak hairanlah, Huawei Nova 3 ini dilengkapi dengan sistem bunyi yang tidak mengecewakan kerana ia dilengkapi dengan Histen 5.0 yang memberikan sistem audio yang terbaik kepada peranti ni. Dengan kelantangan bunyi yang berada pada tahap yang baik pastinya membolehkan pemain berasa teruja apabila pertarungan berlaku di dalam game tersebut.

 

3. Daya tahan bateri yang lama, memaksimakan tempoh bermain permainan mudah-alih

Sudah menjadi lumrah bermain permainan mudah-alih memakan masa yang lama khususnya permainan yang mengambil durasi yang lama seperti PUBG dan Mobile legend. Jadi kapasiti bateri yang tahan lama adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku ketika bermain.

Kita tidak mahu gara-gara bateri telefon pintar yang mudah habis mengganggu pemain sehingga terpaksa AFK (Awang From Keyboard) di dalam permainan tersebut sehingga menjejaskan prestasi mereka.

Huawei nova 3 pastinya menepati piawaian ketahanan bateri ini. Dilengkapi dengan 3,750mAh membenarkan pemain bermain permainan dengan durasi yang lama. Ditambah dengan 9V/2A Charger yang pastinya mampu mengecas telefon ini dengan lebih pantas agar pemain dapat meneruskan ekspedisi bermain permainan dengan lebih baik seperti seorang profesional.

Dengan daya tahan bateri peranti ini pastinya boleh memaksimumkan penggunaan teknologi GPU Turbo yang disertakan sekali pada peranti ini. Jadi tiada sebarang gangguan ketika bermain permainan mudah alih dan kepuasan bermain dapat dicapai.

 

Peranti ini pastinya mampu dimiliki oleh semua kerana harganya yang berpatutan, yang mana ia dijual pada harga RM1,699 dengan storan dalaman sehingga 128GB, pastinya memberikan pengalaman yang menakjubkan kepada anda.

Dengan kepelbagaian warna yang ditawarkan, anda bebas memilih warna idaman seperti Iris Purple, Primrose Gold, Merah dan Hitam. Apa yang pasti, ketiga-tiga kriteria untuk mencapai kepuasan bermain game seperti seorang profesional dapat dilihat menerusi Huawei Nova 3 ini.

Kini anda boleh beli Huawei nova 3 di Huawei Online Store.

 

** Advertorial dari Huawei Malaysia

 

You might also like