- Iklan -

Broker Terkemuka, IronFX Mengumumkan Pelancaran Laman Web Gabungan Baharu

LIMASSOL, Cyprus, 6 Februari 2021 /PRNewswire/ — IronFX dengan bangganya mengumumkan pelancaran laman web gabungannya yang baru diperbaharui, hasil usaha keras dan dedikasi pasukannya selama berbulan-bulan.

IronFX launches newly revamped affiliate website with rewarding payment plans, commissions and bonuses.
IronFX launches newly revamped affiliate website with rewarding payment plans, commissions and bonuses.

Program Gabungan IronFX kekal dengan reputasinya sebagai pusat utama untuk ahli gabungan melalui pelancaran laman web baharu ini yang menyediakan pelbagai kaedah, perkhidmatan dan rancangan pemasaran yang luas untuk membantu perniagaan berkembang dan meningkatkan kadar pertukaran.

Matlamat utama semasa proses reka bentuk semula adalah untuk mengemas kini dan mengembangkan perkhidmatan yang tersedia serta mewujudkan sumber yang lebih bernilai, berpusatkan pengguna dan responsif kepada ahli gabungan di semua platform dan peranti.

Laman web gabungan ini bertujuan untuk menarik minat ahli gabungan baharu dan semasa serta menawarkan pelan pembayaran, komisen dan bonus baharu yang menarik sebagai ganjaran kepada ahli gabungan. Ahli gabungan akan ditawarkan dengan pilihan yang menarik seperti menerima pembayaran komisen mingguan, CPA hingga $1,500, potongan harga hingga $15 setiap lot dan 6 pilihan pelan pembayaran. Ia juga menyediakan sokongan khusus daripada sekumpulan pakar dalam pendidikan, pemasaran dan bimbingan tentang cara untuk menubuhkan perniagaan mereka. Sebuah studio media yang komprehensif dan pelbagai kaedah pemasaran juga tersedia bagi membantu mereka membina jenama dan membentuk strategi pemasaran mereka sepenuhnya.*

Bonus menarik juga ditawarkan, termasuk bonus pendaftaran bernilai $1,000 dan bonus komisen sebanyak 30%.*

Ketua Gabungan berkata:

“Kami berasa teruja untuk melancarkan laman web baharu ini dan amat yakin bahawa ia akan berfungsi sebagai portal yang berguna dan bermaklumat kepada para pelanggan dan perniagaan gabungan untuk mengenali produk kami sebelum mereka turut serta dan mula mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan kami yang direka khas. Dengan sukacitanya kami ingin menyatakan bahawa setakat ini, kami telah membayar komisen sebanyak $35 juta dan program ini mempunyai kadar pertukaran sebanyak 40%. Mengapa ingin jadi lebih baik jika anda boleh menjadi yang terbaik!”

Untuk maklumat lanjut tentang Ahli Gabungan IronFX dan pelbagai perkhidmatan yang tersedia untuk perniagaan, sila layari https://affiliates.ironfx.com/en

Semua perdagangan melibatkan risiko. Ada kemungkinan untuk anda kehilangan semua modal.

*Semua pelan & bonus pembayaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/broker-terkemuka-ironfx-mengumumkan-pelancaran-laman-web-gabungan-baharu-1.jpg 
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/broker-terkemuka-ironfx-mengumumkan-pelancaran-laman-web-gabungan-baharu.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like