- Iklan -

Pelaburan berterusan Tanla dalam platform komunikasi beri hasil terbaik pada suku ketiga

HYDERABAD, India, 7 Februari 2021 /PRNewswire/ — Tanla Platforms Limited hari ini mengumumkan hasil yang diperolehnya pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2020 berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan sebelumnya.

Metrik Utama 

Hasil ialah Rs 654.1 crore, meningkat 21%. EBITDA ialah Rs 126.9 crore, meningkat 99%

Keuntungan bersih ialah Rs 93.5 crore, meningkat daripada Rs 0.7 crore

Tunai dan setara tunai ialah Rs 449.3 crore, meningkat daripada 204.8 crore. Pendapatan sesaham ialah Rs 6.87, meningkat daripada Rs 0.05

Uday Reddy, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Tanla Platforms Limited berkata, “Hasil suku tahunan tersebut menunjukkan sejauh mana keupayaan Tanla dalam domain platform dan komunikasi komersial. Tumpuan dan pelaburan kami yang kukuh dalam platform dan produk, warga kerja, kejayaan pelanggan serta jenama telah mendorong kami untuk menyiarkan prestasi suku tahunan yang terbaik setakat tarikh ini. Dengan kedudukan pasaran kami yang lebih kukuh berbanding dahulu, kami komited dalam keputusan kami untuk memperluas jejak global kami dalam perniagaan CPaaS.”

“Trubloq, platform DLT yang dibina untuk menguatkuasakan peraturan TRAI telah menyaksikan penggunaan besar-besaran di seluruh perusahaan, pemasar telefon dan syarikat telekomunikasi. Setakat tarikh ini, lebih 34,000 buah perusahaan telah menyertai kami. Trubloq telah dilancarkan secara komersial pada bulan September dan kini memproses lebih 70% trafik A2P di India, menunjukkan prestasi terbaik dengan 1 bilion interaksi dalam satu hari pada bulan lepas. Trubloq telah meningkatkan pendapatan Tanla secara ketara pada suku ketiga ini.

“Keselamatan data, kerahsiaan data dan kebolehkesanan digital bukan lagi sekadar keperluan pematuhan tetapi telah muncul dengan cepat menjadi suatu  sumber potensi sebagai kelebihan daya saing dan keutamaan strategik kepada organisasi. Platform Wisely ialah tawaran terkini kami yang telah dilancarkan pada bulan Januari bagi memastikan keselamatan data dan kerahsiaan data pengguna akhir tidak akan sekali-kali terjejas apabila menghantar dan menerima komunikasi komersial. Wisely sedang “Menguber” ekosistem CPaaS.”

Sorotan kewangan 

Penyedia CPaaS terbesar di India ini memperoleh hasil suku ketiganya yang terbaik.

Berdasarkan hasil tahun ke tahun, hasil telah meningkat sebanyak 21% kepada Rs 654.1 crore iaitu lebih satu pertiga daripada hasil tahunan pada tahun lepas. EBITDA telah meningkat 99% kepada Rs 126.9 crore untuk tempoh yang sama, dan buat kali pertamanya melepasi paras Rs 100 crore. Syarikat tersebut melaporkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak Rs 93.5 crore.

EBITDA untuk penukaran tunai ialah 78% dan wang tunai yang dijana daripada aktiviti operasi ialah Rs

225.2 crore, untuk suku tahunan tersebut. Tanla dan kesemua anak syarikatnya kekal bebas daripada hutang.

Sorotan Perniagaan 

Pertumbuhan Tanla dalam perniagaan bagi suku tahun ini telah didorong oleh 81 peluang pelanggan baharu. Urus niaga

baharu ini dapat meningkatkan hasil tahunan sebanyak Rs 90 crore.

Pada awal bulan Januari, Tanla juga telah memperoleh pencapaian yang signifikan dalam perniagaan platform melalui pelancaran Wisely, suatu tawaran CPaaS yang didayakan rantaian blok yang dibina dan direka oleh Microsoft. Sebagai sebuah pasaran yang unik kepada perusahaan dan pembekal, Wisely menawarkan rangkaian canggih global yang menyampaikan pengalaman komunikasi peribadi, selamat dan boleh dipercayai. Ini merupakan kali pertama bagi sebuah syarikat teknologi India mengeluarkan platform yang canggih untuk penggunaan global .

Perolehan Perusahaan Baharu 

  • Tanla memperoleh perusahaan baharu daripada lapan sektor untuk suku tahun ini. Lebih 50% perolehan perniagaan baharu tersebut adalah terdiri daripada sektor perbankan, teknologi kewangan,  peruncitan dan e-dagang.
  • Pada suku ketiga sahaja, sebanyak 6,278 buah syarikat telah mendaftar di Trubloq dan sektor barangan pengguna dan automobil, komunikasi dan hiburan serta BFSI mendahului senarai ini.

Bertindak balas terhadap COVID-19 

Sepanjang tempoh yang mencabar ini, kami memberi tumpuan dalam memastikan pekerja kami selamat dan menggalakkan mereka supaya bekerja dari rumah dengan menyediakan teknologi dan infrastruktur yang mencukupi. Walaupun kami bekerja secara jarak jauh, kami memastikan bahawa keperluan pelanggan dan rakan kongsi kami sentiasa dipenuhi dan semua pihak kekal terlibat, sihat dan produktif dalam persekitaran kerja baharu.

Tentang Tanla: 

Tanla Platforms Limited (NSE:TANLA; BSE:532790) mengubah cara dunia bekerjasama dan berkomunikasi melalui penyelesaian CPaaS yang inovatif. Ditubuhkan pada tahun 1999, ia merupakan syarikat pertama yang membangun dan menggunakan A2P SMSC di India. Kini, sebagai salah satu penyedia CPaaS terbesar di dunia, Tanla memproses lebih 800 bilion interaksi setiap tahun dan kira-kira 70% daripada trafik SMS A2P di India diproses melalui platform lejar teragih-Trubloq yang menjadikannya sebagai kes penggunaan Rantaian Blok terbesar di dunia. Tanla memberi khidmat kepada lebih satu bilion manusia dengan membawa pesanan kritikal untuk misi yang memenuhi keperluan perusahaan terbesar di dunia. Tanla Platforms Limited beribu pejabat di Hyderabad, India dan sedang meluaskan kehadirannya di seluruh dunia.

Untung Rugi Disatukan (Tidak teraudit): 

Rs dalam Lakhs

  Butir-butir

Q3FY21

Q3FY21

Q2FY20

I. Hasil daripada operasi

65,411.2

58,324.7

53,903.9

II. Pendapatan lain

242.5

474.5

222.7

III. Jumlah Pendapatan (I+II)

65,653.8

58,799.1

54,126.6

IV. Perbelanjaan

Kos perkhidmatan

49,296.8

44,891.7

43,510.6

Perbelanjaan manfaat pekerja

2,003.5

2,283.3

1,826.4

Perbelanjaan susut nilat

892.1

992.3

7,083.9

Perbelanjaan kesalinghubungan

286.4

280.8

203.8

Kos kewangan

17.4

8.9

183.9

Perbelanjaan lain

1,136.3

1,115.7

1,994.2

Jumlah perbelanjaan (IV)

53,632.5

49,572.6

54,802.7

 

V. Keuntungan sebelum cukai (III – IV)

 

12,021.3

 

9,226.5

 

(676.2)

VI. Perbelanjaan cukai:

 

Cukai semasa

 

1,680.4

 

1,053.2

 

(464.7)

Cukai tempoh terdahulu/kredit MAT

30.6

Cukai tertunda

988.9

26.0

(310.2)

VII. Keuntungan untuk tahun ini (V -VI)

9,351.9

8,147.3

68.2

VIII. Pendapatan komprehensif lain

(173.0)

(330.5)

51.1

IX. Jumlah Pendapatan Komprehensif untuk tempoh (VII + VIII)

 

9,178.9

 

7,816.8

 

119.3

X. Pendapatan sesaham ekuiti (dalam INR)

Asas & Tercair (bukan tahunan)

6.87

5.85

0.05

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/pelaburan-berterusan-tanla-dalam-platform-komunikasi-beri-hasil-terbaik-pada-suku-ketiga.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Earnings

Source: PRNEWSWIRE

You might also like