Locus Tersenarai sebagai Vendor Wakilan dalam Panduan Pasaran untuk Penghalaan dan Penjadualan Kenderaan Gartner

94

– Syarikat diiktiraf sebagai Vendor Wakilan dalam laporan 2020 

WILMINGTON, Delaware, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ — Locus, sebuah syarikat SaaS B2B bertaraf global yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Vendor Wakilan dalam laporan1 ‘Panduan Pasaran untuk Penghalaan dan Penjadualan Kenderaan’. Gartner merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan khidmat nasihat yang terkemuka.

Laporan ini memberi gambaran keseluruhan mengenai pasaran Penghalaan dan Penjadualan Kenderaan dan menyenaraikan vendor. “Aplikasi penghalaan dan penjadualan kenderaan (VRS) berkembang menjadi penyelesaian yang mana algoritma penghalaan hampir menjadi ciri sekunder. Terhadap peningkatan tumpuan terhadap teknologi baharu, seperti pembelajaran mesin (ML) dan kecerdasan buatan (AI) serta terhadap fungsi-fungsi seperti pencapaian langkah terakhir dan pengalaman pelanggan,” menurut laporan ini.

Platform Locus menggunakan pembelajaran mesin mendalam dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian logistik pintar seperti pengoptimuman laluan, penjejakan, pandangan dan analitik masa sebenar, pengoptimuman rentak, pengurusan gudang cekap, peruntukan dan penggunaan kenderaan. Locus turut membantu syarikat-syarikat mengoptimumkan rangkaian rantaian bekalan hujung-ke-hujung mereka dengan penawaran perundingan strategiknya.

Pada masa kini, Locus bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan terkemuka di seluruh Asia Tenggara, Amerika Utara, Eropah dan India. Ia mempunyai pejabat-pejabat di AS, India, Indonesia dan Vietnam. Pihak pengurusan utama syarikat termasuk eksekutif-eksekutif daripada Amazon Web Services (AWS), Barclays Capital, Google dan BlueDart (sebuah syarikat DHL) dan saintis-saintis data berkelulusan PhD daripada Carnegie Mellon University dan University of Illinois, antara lain.

“Kami percaya penamaan Panduan Pasaran untuk Penghalaan dan Penjadualan Kenderaan Gartner sebagai Vendor Wakilan mengukuhkan nilai yang kami tambahkan kepada pelanggan. Rantaian bekalan telah menjadi semakin rumit pada masa kini. Selain daripada itu, COVID-19 telah menjadikan hidup lebih sukar dan menunjukkan kurangnya kolaborasi, penyelarasan dan keterlihatan dalam rantaian bekalan. Penyelesaian daripada Locus membantu menyelaraskan operasi rantaian bekalan, membawa rantaian bekalan ke hadapan dalam perniagaan,” kata Nishith Rastogi, Ketua Pegawai Eksekutif, Locus. 

Locus telah mencapai kemuncak lebih 2 juta pesanan diproses dalam sehari (200,000 pesanan dalam satu jam). Penyelesaian daripada syarikat kini dicuba dan diuji melalui lebih 500 juta penghantaran pesanan dan operasinya telah berkembang ke lebih 1000 bandar di seluruh dunia.

Setakat ini, syarikat telah mengumpul sebanyak $29 juta daripada pelabur-pelabur tahap-1 termasuk Tiger Global, Falcon Edge, Blume Ventures, Exfinity Venture Partners & growX ventures.

Pelanggan Gartner boleh melog masuk untuk membaca kajian penuh di laman sesawang.

1 Gartner, “Market Guide for Vehicle Routing and Scheduling,” Oscar Sanchez Duran, Bart De Muynck, 23 Jun 2020.

Penafian Gartner

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Locus: 

Locus ialah platform teknologi mendalam yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan untuk memberikan kecekapan, ketelusan dan kekonsistenan dalam operasi logistik.

Platform ini menggunakan pembelajaran mesin mendalam dan algoritma proprietari bagi menawarkan penyelesaian logistik pintar seperti pengoptimuman laluan, penjejakan, pandangan dan analitik masa sebenar, pengoptimuman rentak, pengurusan gudang cekap, peruntukan dan penggunaan kenderaan. Locus memberi kuasa kepada lebih daripada dua juta penghantaran setiap hari di seluruh Asia Tenggara, Benua Kecil India, Eropah dan Amerika Utara. Kunjungi www.locus.sh untuk mengetahui lebih lanjut.

Hubungan Media: 

Sila hubungi – Marketing@locus.sh

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/06/locus-tersenarai-sebagai-vendor-wakilan-dalam-panduan-pasaran-untuk-penghalaan-dan-penjadualan-kenderaan-gartner.jpg

Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE