Liquid Group jalin kerjasama dengan NICE Payments perluas rangkaian pembayaran QR tanpa sentuh rentas sempadan

98
  • Liquid Group akan mengukuhkan rangkaian pembayaran QR tanpa sentuh rentas sempadannya melalui kolaborasi strategik dengan NICE Payments (“NICE”) sebagai pemeroleh rakan kongsinya di Korea.
  • Perkongsian ini akan memperluaskan kumpulan peniaga antarabangsa Liquid Group dan rakan kongsi pengeluarnya serta membolehkan peniaga NICE untuk menerima bayaran QR daripada pelanggan Liquid Group dan rakan kongsi pengeluarnya di seluruh wilayah ini.
  • Pelanggan Liquid Group dan rakan kongsinya juga akan dapat menikmati kemudahan menggunakan aplikasi pembayaran pilihan mereka untuk transaksi pembayaran QR luar negara mereka melalui jaringan peniaga NICE yang luas di Korea.

SINGAPURA, 1 Julai 2020 /PRNewswire/ — Liquid Group, kumpulan perkhidmatan pembayaran mudah alih serantau yang beribu pejabat di Singapura, akan bekerjasama dengan NICE Payments (“NICE”) sebagai pemeroleh peniaganya di Korea.

En Hwang Yoon Kyeong (Ketua Pegawai Eksekutif, NICE Payments) bersama Andrew Ahn (Ketua Pembangunan Perniagaan – Timur Laut Asia, Liquid Group) di majlis penandatanganan perkongsian strategik NICE Payments dan Liquid Group
En Hwang Yoon Kyeong (Ketua Pegawai Eksekutif, NICE Payments) bersama Andrew Ahn (Ketua Pembangunan Perniagaan – Timur Laut Asia, Liquid Group) di majlis penandatanganan perkongsian strategik NICE Payments dan Liquid Group

Nice Payments, subsidiari NICE Information & technology, ialah pakar pembayaran NICE Group, kumpulan infrastruktur kewangan yang terbesar di Korea. Nice Payments terus membangunkan dan menerajui pasaran pembayaran dan penyelesaian yang pesat berubah bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya, memproses jumlah transaksi tahunan melebihi KRW 19 trilion (setakat tahun 2016).

Melalui perkongsian ini, pelanggan Liquid Group dan rakan kongsi pengeluarnya akan dapat menggunakan aplikasi pembayaran dan e-dompet pilihan mereka untuk transaksi pembayaran QR tempatan dan luar negara di lebih 33,000 peniaga yang menggunakan QR NICE, termasuk salah sebuah kedai bebas cukai yang terbesar di Korea dan banyak lagi destinasi pelancong yang popular. Ini akan disusuli dengan melancarkan ke lebih 700,000 kumpulan peniaga kad kreditnya pada satu tahap yang lebih besar. Ini juga memperluaskan kumpulan peniaga antarabangsa untuk Liquid Group dan rakan kongsinya.

Tambahan pula, melalui XNAP Network Liquid Group yang menyokong penerimaan dan penggunaan QR berskala besar dalam pasaran tempatan mahupun luar negara, peniaga NICE di Korea akan dapat menyokong transaksi pembayaran kod QR rentas sempadan.

Pengembara akan berpeluang untuk mendapat faedah daripada perjalanan pembayaran rentas sempadan yang lancar menggunakan aplikasi pembayaran tempatan mereka yang dipercayai untuk membuat bayaran mudah alih ke luar negara, sambil menikmati kemudahan yang lebih besar dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat seperti kebolehan untuk memantau baki akaun mereka dan mengawasi transaksi mereka.

Yoon Kyeong Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif NICE Payments, berkata: “Peluang menjadi rakan niaga yang strategik bersama Liquid Group yang berpangkalan di Singapura adalah sesuatu yang bermakna,” dan menekankan bahawa “Perkongsian bersama Liquid Group mempunyai kepentingan yang besar memandangkan NICE Payments akan menjadi yang pertama untuk menyediakan perkhidmatan E-dompet Asia Tenggara di Korea dan akan membawa kepada peluang-peluang yang besar dengan mencipta enjin pertumbuhan baharu sebagai platform pembayaran global.”

Jeremy Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Liquid Group, berkata: “Kami teruja untuk berganding bahu dengan NICE Payments yang memegang rekod prestasi yang luar biasa dalam memacu pembayaran selama lebih 30 tahun. Ia merupakan situasi yang saling menguntungkan untuk kedua-dua kumpulan memandangkan kami berkongsi visi yang sama untuk mempercepatkan pergerakan tanpa tunai di seluruh Asia dan menjadikannya sebagai rantau hebat untuk perkhidmatan pembayaran QR di persada global.”

Menjelang pelancaran XNAP Network untuk mendorong kebolehoperasian penyedia perkhidmatan pembayaran QR rentas sempadan, Liquid Group mengekalkan kedudukan sebagai penerajunya dengan beberapa perkongsian strategik dalam beberapa pasaran di rantau berkenaan. Liquid Group akan terus meneroka lebih banyak peluang perkongsian antarabangsa bagi melanjutkan visinya untuk mewujudkan ekosistem pembayaran QR yang terhubung dan tangkas buat semua.

Hubungan Media untuk Konsortium

TH Kim
E : thkim@nicepay.co.kr
M : +82-10-6714-4904

Pengene Lee
E : pengene.lee@liquidpay.com
D : +65-272-5115
M : +65-9745-5223

Latar Belakang NICE Payments

NICE Payments ialah pakar sistem pembayaran daripada NICE Group yang berkembang sebagai sebuah kumpulan infrastruktur kewangan global sejak 30 tahun yang lalu dan memberi tumpuan pada perkhidmatan pembayaran elektronik. Selain daripada perkhidmatan pembayaran elektronik dalam talian dan luar talian, NICE Payments menyediakan perkhidmatan platform bersepadu pembayaran E-dompet yang terbesar dengan kerjasama syarikat-syarikat pembayaran ringkas yang utama bagi menerajui trend pasaran pembayaran baru-baru ini. Bagi menjadi pengendali perniagaan PG global, NICE Payments telah menyediakan perkhidmatan PayPro, platform E-dompet Cina, untuk peniaga domestik sejak tahun 2017 bersama WeChat dan Alipay serta mengembangkan kawasan perniagaan pembayaran luar negara mereka melalui pelbagai perikatan dengan penyedia pembayaran global.

Latar Belakang Liquid Group

Liquid Group ialah kumpulan perkhidmatan pembayaran QR terkemuka yang berpangkalan di Singapura dengan kehadiran di seluruh Asia Pasifik. Ia mengendalikan XNAP Network (www.xnap.network), rangkaian penerimaan pembayaran QR berasaskan API terbuka yang membolehkan penerimaan rentas sempadan bagi aplikasi pembayaran QR bank dan bukan bank merentas pelbagai pasaran di rantau berkenaan. Dengan menerajui rangka kerja kebolehoperasian rentas sempadan yang terbesar, Liquid Group merupakan peneraju industri dalam penciptaan ekosistem pembayaran mudah alih yang lebih terhubung dan mantap buat semua.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200630/2842403-1?lang=0

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE