
Samsung Galaxy S20 Ultra Catat 100 Mata Bagi Keupayaan Kamera Di DXOMark

Samsung Galaxy S20 Ultra kini dilihat telah mencatatkan skor sebanyak 100 mata bagi ujian kamera hadapan yang dilakukan oleh DXOMark.

Daripada jumlah mata ini, secara puratanya, 104 mata dikutip menerusi kualiti foto manakala 95 baki keupayaan rakaman video menerusi kamera hadapan.
Peranti ini dilihat agak kurang di bahagian White Balance yang kurang seimbang dan warna yang tidak tepat. Namun ia mendapat pujian ekoran daripada keupayaan auto fokus yang sangat baik dan kualiti gambar yang sangat menarik.

