
WiFi Berkelajuan 5G Dipasang Di Dua Buah Pusah Kuarantin COVID-19!!

Ketika Malaysia sedang dilanda wabak COVID-19 ini, Telekom Malaysia telah mengambil insiatif dengan memasang stesen pemancar 5G di dua buah pusat kuarantin terpilih iaitu di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh dan Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS).

Inisiatif ini nyata dapat memberikan petugas dan pesakit menikmati kelajuan rangkaian internet berkelajuan 5G.

Di lokasi tersebut, terdapat 50 unit terminal Akses Wayarles Tetap 5G (5G Fixed Wireless Access terminal) telah di pasang. Mereka yang berada di kawasan tersebut boleh menggunkana WiFi tersebut secara percuma!


