
Siri Samsung Galaxy S20 : Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

Acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2020 bakal tiba (tonton live di sini). Pengeluar terkenal Korea Selatan itu bakal melancarkan barisan peranti dan aksesori baru menerusi pengenalan siri Samsung Galaxy S20, Galaxy Z Flip, Galaxy Buds+ dan mungkin banyak lagi. Bagaimanapun, siri Samsung Galaxy S20 tetap karakter utama dalam acara ini dan berikut adalah maklumat kebocoran yang diperolehi setakat ini:
1. Tersedia Dalam Tiga Versi?
Khabar angin bertiup kencang mengatakan pewaris kali ini bakal diperkenalkan dalam tiga versi utama – Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra 5G. Samsung nampaknya melangkau penjenamaam S11 dan melompat terus kepada S20. Kami tidak tahu kenapa, mungkin Samsung mempunyai sebab tersendiri kan?


[ BACA : Adakah Ini Gambaran Sebenar Samsung Galaxy S20 Ultra? Korang Rasa Macam Mana? ]
2. Reka Bentuk Lebih Versatile?
Samsung dijangka membuat lonjakan hebat untuk siri kali ini terutamanya dari segi reka bentuk. Siri Samsung Galaxy S20 didakwa mempunyai paparan lebih besar dengan rekaan hampir tiada bezel. Terdapat persediaan lubang di tengah paparan yang menempatkan kamera hadapan. Samsung juga telah mengubah reka bentuk pada belakang peranti bagi menampung lebih banyak kamera.

Tidak ketinggalan, Samsung dijangka bakal menambah sokongan sensor jari Qualcomm 3D Sonic Max – 17x lebih besar berbanding sensor pada paparan optik Galaxy S10. Ia juga dikatakan versi yang lebih baik dengan peningkatan ketara dalam keselamatan terutamanya proses yang melibatkan data penting seperti transaksi kewangan atau log masuk ke aplikasi perbankan.

3. Paparan Lagi Cun? Besar?
Selain reka bentu, Samsung turut dijangka meningkatkan saiz paparan dengan julat saiz yang baru – Galaxy S20 bersaiz 6.2 inci, Galaxy S20+ bersaiz 6.7 inci dan Galaxy S20 Ultra pula adalah 6.9 inci (dibungkus dalam badan keluli tahan karat). Antara spesifikasi paparan yang lain termasuklah – panel paparan OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi mencecah sehingga 2K+.
[ BACA : Kebocoran Samsung Galaxy S20 Lagi! Sarung Pelindung Rasmi Pula Muncul? ]
4. Prestasi Lebih Berkuasa? Fakta Atau Fiksyen?
Model trio Samsung untuk kali ini didokumentasikan dengan baik. Siri Samsung Galaxy S20 lebih baik berbanding pendahulunya. Itu pasti! Model ini mungkin menggunakan pemproses Exynos 990 atau Snapdragon 865 bergantung kepada kawasan pemasaran. Memetik sumber, Galaxy S20 dan Galaxy S20 Plus bakal mempunyai pilihan 4G LTE dan 5G. Manakala, versi terbesar iaitu Galaxy S20 Ultra hanya boleh didapati dalam versi 5G.
Terdapat juga peningkatan simpanan peranti kepada LPDDR5 (30% lebih cepat dan cekap). Tidak ketinggalan, juga bakal ditawarkan dalam persediaan memori yang pelbagai dan kebocoran penanda aras mendakwa bakal didatangkan dengan minimum 12GB sehingga 16GB RAM. Untuk sistem operasi, siri ini dijangka menjalankan Android 10 bersama paduan antaramuka One UI 2.0.
[BACA : Terkini! Siri Samsung Galaxy S20 Pertama Menggunakan Snapdragon 865! ]
5. Kamera Pula? Apa Yang Boleh Diharapkan?

Pelbagai sumber mendedahkan siri kali ini bakal didatangkan persediaan empat kamera dengan pelbagai fungsi – sebagai tambahan kepada lensa ToF. Galaxy S20 dan Galaxy S20 Plus mungkin menawarkan kamera utama 12MP, kamera ultrawide dan kanta telephoto 64MP dengan 3x zoom optikal. Terkini, sampel gambar didakwa diambil daripada lensa Galaxy S20 dikatakan telah terdedah, ia menampilkan mod malam yang lebih baik.
Bagi Galaxy S20 Ultra, ia dibungkus dengan kamera utama 108MP, sensor jarak jauh 12MP ultra-lebar dan kamera lain dengan zoom optikal 10x. Samsung juga mungkin menyertakan sokongan zoom digital mencecah 100x pada Galaxy S20 Ultra. Adakah ianya baik?

[ BACA : Samsung Galaxy S20 Ultra Bakal Sokong 100x Zum?! ]
6. Bateri Lebih Besar?
Peningkatan utama lain – Samsung dilihat mengimbangi peningkatan kapasiti bateri dengan ketara dan jangkaan penawaran adalah seperti berikut : Galaxy S20 – 4,000 mAh, Galaxy S20+ – 4,500 mAh dan Galaxy S20 Ultra 5G – 5,000 mAh.
Maklumat bocor mendedahkan hanya Galaxy S20 Ultra baka menyokong pengecasan pantas 45W. Manakala, model lain juga menyokong pengecasan ini tetapi hanya disertakan pengecasan pantas 25W terus daripada kotak. So, macam mana?

Kesimpulan
Sekiranya spesifikasi tersebar adalah betul, makan kita bakal melihat sebuah peranti hebat dengan sokongan rangkaian 5G bersama penawaran utama lebih menarik. Samsung juga dilihat mengambil langkah-langkah drastik bagi memastikan pengguna sentiasa menerima yang terbaik.

Bagaimanapun, maklumat tertitis masih lagi rumors dan belum diketahui kesasihannya. Sama – sama kita nantikan acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 pada 12 Februari 2020, jam 3 pagi (waktu tempatan)! Saksikan bersama kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!




