Akhirnya Muncul Secara Rasmi! realme C3 Sokong MediaTek Helio G70 & Bateri 5,000mAh

Akhirnya Rasmi!  Sebuah lagi model di bawah kelas peranti mampu milik diperkenal kepada umum – realme C3. Peranti ini merupakan pengganti baharu untuk siri realme C dan penawaran kali ini nampaknya lebih menarik berbanding sebelum ini. Mari kita lihat lebih lanjut apa yang menarik mengenainya!

realme C3 membawakan paparan hampir penuh bersaiz 6.5″ HD+ (720 x 1560) bersama rekaan takuk kecil. Nisbah skrin – ke – badan adalah mencecah 89.8% dan nisbah aspek berukuran 20:9. Enjin dalaman dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G70 (octa-core 2.0GHz) dengan paduan memori sehingga 4GB RAM dan storan hingga 64GB ROM – terdapat sokongan microSD yang boleh dikembangkan sehingga 256GB.

Untuk persediaan kamera, ia didatangkan dengan sokongan dwi lensa utama (AI Super Camera) – 12MP (f/1.8) + 2MP (Portrait) dan kamera selfie sebesar 5MP. Kamera ini menyokong sejumlah fungsi menarik termasuklah Chroma Boost, Panorama Selfie, HRD Mode, Portrait Mode dan Slow-mo Video (120fps).

Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti besar iaitu 5,000mAh dan ia menggunakan antaramuka realme UI secara terus daripada kotak . Ia juga dikatakan disertakan dengan sokong reverse charging. Tersedia dalam dua pilihan warna menarik seperti Blazing Red dan Frozen Blue, realme C3 ditawarkan di pasaran India pada harga seperti berikut :

  • realme C3 (3GB + 32GB) : Rs.6,999 (~RM405)
  • realme C3 (4GB + 64GB) : Rs.7,999 (~RM463)
You might also like