5 Aplikasi Yang Guna Data Anda Dengan Banyak

Pada masa kini, seringkali kita mendengar keluhan dari pengguna telefon pintar bahawa data mereka cepat sahaja habis. Hal ini ekoran daripada penggunaan Internet yang semakin berleluasa dan tanpa had menyebabkan penggunaan data mengalir seperti alir tanpa henti.

Justeru kami mendedahkan 5 aplikasi yang banyak memakan data anda ketika penggunaan aplikasi ini di telefon pintar anda, dan cara untuk mengurangkan penggunaan data.

YouTube

Aplikasi ini sangat popular khususnya dalam kalangan orang muda, terdapat pelbagai kandungan video yang boleh ditonton menerusi aplikasi ini antaranya tutorial, video muzik dan sebagainya. Keasyikkan menonton video pastinya membuatkan kita leka terhadap penggunaan data.

Cara menjimatkan data ketika menggunakan aplikasi ini mudah sahaja, anda boleh mengurangkan kualiti video kepada yang lebih rendah seperti 480p. Lebih mudah jika anda menukar dari menggunakan data kepada WiFi, kan lebih jimat!

Baca juga: Menyingkap Video Trending Di Malaysia Sepanjang 2018 Di Youtube

 

Facebook

Ini merupakan aplikasi yang sangat popular pada ketika ini, pelbagai informasi boleh didapati menerusi aplikasi ini. Kandungan yang terdapat di dalam aplikasi ini meliputi gambar, video dan sebagainya yang membolehkan data anda kehabisan tanpa disedari.

Masalah kehabisan data semakin kritikal apabila penggunaan autoplay digunakan oleh pengguna. Cara untuk mengurangkan penggunaan data adalah dengan menutup autoplay  atau mengurangkan kulaiti video aplikasi ini di tetapan Facebook. Anda juga mungkin boleh menggunakan Facebook Lite.

 

Baca juga: Ciri “Facebook Group Stories” Kini Tersedia Di Seluruh Dunia

 

Spotify

Satu aplikasi mendengar muzik yang popular, Spotify nyata menjadi pilihan pengguna khususnya anak muda. Keasyikan alunan muzik kegemaran anda membuatkan anda lalai dengan penggunaan data ketika memainkan lagu tersebut. Secara purata, anda mungkin menggunakan 3MB data untuk memainkan 1 lagu.

Jadi apa yang boleh anda lakukan? Mudah sahaja, anda boleh mendaftar pakej premium yang mana anda boleh mendengar muzik ketika offline. Jika tidak ingin mengeluarkan wang, anda boleh mengurangkan kualiti bunyi lagu tersebut.

Baca juga: Mariah Carey Pecah Rekod Penstriman Di Spotify Dengan 10,819,009 Pestriman

 

Instagram

Ini merupakan aplikasi yang popular dalam kalangan anak muda pada ketika ini. Gambar dan video yang dimuatnaik oleh pengguna Instagram pastinya membuatkan anda asyik skrol tanpa memikirkan data yang digunakan.

Ditambah lagi Instagram pada ketika ini telah menambah pelbagai fungsi di dalam aplikasi, antaranya ialah rakaman video story, Live dan sebagainya. Hal ini membuatkan data anda akan semakin kering.

Jadi apa yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan penggunaan data? Mudah sahaja, anda boleh mematikan fungsi autoplay pada tetapan. Jadi data tidak akan digunakan pada video yang anda tidak ingin tonton.

Baca juga: Instagram Memperkenalkan Fungsi Alt Text Untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan

 

Twitter

Pengguna telefon pintar pada ketika ini sentiasa ingin mengemaskini status, setiap tindak tanduk seperti harus di update di dalam Twitter. Hal ini yang menyebabkan data semakin cepat habis digunakan. Ditambah dengan Twitter yang juga sudah mendapat kemaskini dan boleh melakukan pelbagai perkara sama seperti Facebook dan Instagram, seperti menonton video dan live yang pastinya memakan data anda dengan lebih pantas.

Anda boleh menjimatkan penggunaan data dengan mematikan fungsi autoplay di tetapan dan mengurangkan kualiti imej atau video. Twitter telah melakukan satu update terkini bagi memberikan limit penggunaan data bagi aplikasi iOS dan Android, yang mana ia akan menghalang sebarang Autoplay bagi video dan memaparkan imej pada kualiti yang lebih rendah.

Baca juga: Data Saving Mode ditambah Pada Aplikasi Twitter

 

 

 

You might also like