
Video Reaksi Kali Pertama Melihat OnePlus 5T Dikongsi Oleh OnePlus
Apa reaksi anda untuk kali pertama apabila OnePlus menghasilkan OnePlus 5T, teruja atau biasa-biasa sahaja? Seperti yang sedia maklum OnePlus dahulunya menawarkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga yang rendah tetapi, semakin hari ia tidak lagi menjadi peranti jimat poket.
Jika ditanya kepada peminat, sudah pasti mereka tidak akan kisah soal harga, berapa yang dijual mereka sanggup membayarnya. Walau bagaimanapun, kita ketepikan soal harga dan lihat video yang dikongsi oleh OnePlus sendiri tentang reaksi pengguna pertama kali melihat OnePlus 5T.
Nampaknya mereka sangat kagum dan teruja dengan produk terbaru OnePlus malah ada juga yang mengakui ia sebuah telefon pintar paling menakjubkan – tidak mustahil mereka ini mungkin bekerja dengan syarikat OnePlus.
Apa-apa pun jika anda diberi pilihan untuk memiliki OnePlus 5T, anda sanggup belanjakan wang anda?

