
theSkimm
theSkimm menjadikan anda lebih berpengetahuan dan sentiasa up to date. Aplikasi ini akan memberikan anda maklumat penting dan berita terhangat yang dijana khas untuk anda. Contohnya, sekiranya anda menetapkan untuk mendapatkan berita dan kemas kini tentang rancangan kegemaran anda, theSkimm akan memaparkan berita dan juga mengingatkan anda akan masa tayangan supaya anda tidak akan terlepas rancangan tersebut.
Apa yang lebih menarik adalah ia boleh terus mencipta peringatan pada kalendar iPhone anda. Muat turun aplikasi ini adalah percuma, namun anda perlu membayar yuran langganan setiap bulan pada kadar USD 2.99 (RM 12.08). Pengaktifan semula langganan adalah automatik, melainkan anda menyah aktif fungsi auto–renew.
Muat Turun
- USD 2.99 (RM 12.08) setaip bulan
- 23.5 MB
- iOS 9.0 dan ke atas