Apa Yang Bakal Hadir Pada Sistem Operasi Android N

Versi sistem operasi Android dari Google boleh dikenal pasti dengan mudah melalui nama yang disusun mengikut abjad. Versi terbaru yang telah diedarkan kepada pengguna dikenali sebagai Android Marshmallow, dan seperti yang boleh anda teka versi seterusnya akan menggunakan abjad N sebagai pangkal nama. Buat masa sekarang ia dikenali dengan nama Android N dan untuk pengetahuan anda para developer sudah pun menerima sistem operasi tersebut sebagai langkah persediaan menyempurnakan sistem operasi Android N.  Peluang tersebut dimanfaatkan mereka dengan berkongsikan beberapa fungsi yang berkemungkinan besar bakal hadir pada Android N.

Multi Window

Fungsi pertama yang bakal hadir adalah Multi Window, ia memudahkan anda melakukan tugasan pada dua aplikasi berasingan. Paparan skrin akan dibahagikan kepada dua dan anda boleh menetapkan saiz paparan bagi setiap aplikasi dengan menggerakkan slider. Salah satu contoh senario bagaimana multi window dapat membantu di dalam tugasan anda adalah apabila anda ingin menyalin teks informasi dari pelayar internet ke dalam aplikasi nota. Dengan menggunakan Multi Window, anda boleh melancarkan kedua-dua aplikasi serentak dan salin teks yang anda ingini dari pelayar internet terus ke dalam aplikasi nota, ia lebih mudah dan pantas.

2.1

Fungsi ini dikatakan sudah hampir pasti akan dimasukkan ke dalam final version Android N, berita tersebut disokong kuat oleh Andrew Bowers yang merupakan salah satu individu yang terbabit dalam pembinaan Pixel C. Beliau berkongsi informasi tersebut di dalam forum perbincangan Reddit dan menurut beliau usaha bagi menyempurnakan fungsi “split screen” sedang giat dijalankan.

Doze Mode Lebih Cekap

Mod Doze diperkenalkan pada sistem operasi Android Marshmallow dan ia mendapat respon yang sangat positif di kalangan pengguna. Doze merupakan fungsi power management yang mampu memanjangkan jangka hayat bateri anda dengan menghentikan operasi aplikasi pada masa-masa tertentu. Contohnya adalah ketika anda sedang tidur, sistem Doze akan mengesan bahawa peranti anda tidak bergerak (statik) dan ia akan menghentikan segala operasi aplikasi bagi memastikan kuasa bateri diguna pada tahap paling minimal. Sebaik sahaja anda bangun dan mengangkat peranti, segala proses aplikasi akan bersambung seperti sedia kala.

3.1

Pada versi terbaru, Google menjadikannya lebih pintar dengan meluaskan skop fungsi Doze dengan meletakkan dua protokol kerja. Apabila dilancarkan kelak, fungsi Doze terbaru bukan sahaja berfungsi hanya ketika peranti berada dalam keadaan tidak bergerak, malah ia dapat mengesan dan berfungsi apabila anda lock peranti buat sementara waktu, contohnya ketika berada di dalam poket.

Bundled Notifications

4.1

Android N memberikan developer cara baru untuk memaparkan notifikasi. Versi terbaru ini akan menggunakan paparan notifikasi jenis bundle yang sudah pun diaplikasi Google pada Android Wear. Ini bermakna semua notifikasi yang masuk ke dalam smartphone anda akan dikelaskan mengikut aplikasi. Sebagai contoh, jika aplikasi mesej anda menerima lebih dari satu mesej dari beberapa individu, notifikasi itu akan dipaparkan bersama-sama sebagai satu kumpulan. Untuk melihat informasi tambahan notifikasi bundle, anda hanya perlu swipe ke bawah notifikasi tersebut untuk mendapatkan preview kandungan mesej. Sistem notifikasi ini dapat memberikan Android N reka bentuk antaramuka yang lebih kemas dan cantik.

Direct Reply

5.1

Dengan ciri Direct Reply dalam Android N, anda dapat membalas mesej atau email dengan lebih pantas tanpa meninggalkan paparan semasa. Arahan Reply akan muncul sebagai butang tambahan yang disertakan bersama notifikasi dan anda hanya perlu menekan butang tersebut untuk mula menaip mesej anda.

Freeform Windows

6.1

Fungsi ini hampir serupa dengan Multi Windows, namun ianya menawarkan lebih kebebasan pada pengguna dalam menentukan paparan aplikasi mereka. Fungsi ini membenarkan anda menetapkan lebih dari 2 aplikasi untuk dipaparkan pada skrin peranti anda, bukan itu sahaja anda juga boleh menentukan saiz paparan setiap aplikasi bagi memudahkan anda melakukan kerja. Ianya lebih sesuai digunakan pada peranti tablet kerana mempunyai saiz paparan yang lebih besar.

Menu Setting

Paparan setting Android juga menerima nafas baru pada versi Android N, ia masih mengekalkan reka bentuk dan skema paparan yang sama seperti Marshmallow, namun terdapat beberapa tambahan yang pastinya akan diterima baik para pengguna. Salah satu perubahan yang ketara adalah paparan informasi pada setiap bahagian menu tetapan, sebagai contoh apabila anda ingin mengakses setting Wi-Fi, anda akan dapat melihat dahulu rangkaian manakah yang sedang digunakan peranti ini. Pada pendapat ering fungsi ini sepatutnya sudah lama diimplementasi oleh Google.

7

Selain itu Google memudahkan anda untuk menavigasi menu setting dengan memberi fungsi swipe out drawer. Apabila anda masuk ke dalam mana-mana menu setting, anda boleh swipe dari tepi untuk memaparkan menu ringkas yang membolehkan anda melompat ke menu lain dengan mudah. Ini jelas sekali bakal memudahkan kerja anda dan menjimatkan masa.

Display Size

8.1Jika anda kerap mengalami kesukaran melihat kandungan pada paparan skrin anda, Google telah melengkapkan Android N dengan fungsi yang bakal membantu anda. Keupayaan terbaru itu membolehkan anda membesarkan kandungan paparan mengikut keselesaan anda dengan mengakses menu Settings>Display>Display size ,anda boleh membesar atau mengecilkan paparan dengan menggerakkan slider dan sebuah paparan preview disediakan di bahagian atas.

Data Saver

9

Data Saver merupakan fungsi yang bertujuan mengurangkan penggunaan data internet oleh smartphone anda, ini bagi membolehkan pengguna menggunkan sebaik mungkin kuota internet yang mereka langgani. Fungsi ini boleh diakses dengan memasuki menu setting, bagi mereka yang menggunakan pelayar Chrome, anda pasti sudah biasa dengan fungsi seumpama ini. Apa yang berbeza adalah Chrome hanya mengurangkan penggunaan data di dalam pelayar sahaja manakala Data Saver pada Android N berfungsi pada semua aplikasi yang menggunkan akses internet.

 

You might also like