Kes Pertama Samsung Galaxy Note7 Di Malaysia!

1Siapa sahaja yang tidak tahu tentang kekecohan yang ditimbulkan Samsung Galaxy Note7. Setiap hari isu smartphone ini menjadi perkara yang hangat diperkatakan, Samsung secara rasminya telah memberhentikan secara total pengeluaran dan penjualan Galaxy Note7 gara-gara kes letupan yang berlaku di luar negara.

Sehinggalah…
Baru-baru ini apabila seorang pengguna melaporkan bahawa Galaxy Note7 milik beliau secara tiba-tiba mengeluarkan asap ketika beliau sedang memandu. Beliau mengadu kepada Samsung Malaysia melalui laman Facebook Samsung dan telah pun dihubungi wakil Samsung yang mengesahkan insiden berkenaan.

2
Aduan telah dibuat kepada Samsung Malaysia melalui laman Facebook Samsung.

Mujurlah beliau bertindak dengan bijak dan cepat bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Kepada mereka yang masih memiliki Galaxy Note7 dan bercadang untuk menyimpannya, kami sarankan jangan berbuat demikian kerana keselamatan anda lebih penting. Cepatlah lakukan proses refund atau penukaran yang telah disediakan oleh Samsung.

You might also like