Jam Looper, Merekod Karya Muzik Lebih Cepat & Mudah

1. IconJam Looper adalah aplikasi penghasilan muzik yang mempunyai fungsi asas, ia bagi memudahkan para pemuzik merekod idea karya mereka dengan cepat dan mudah. Aplikasi ini memfokuskan kepada teknik looping yang mengulang bunyi yang direkod tanpa henti. Teknik looping sesuai digunakan bagi pemuzik merekod ritma gitar dan drum.

 

editSetelah merekod ritma yang dimainkan, anda boleh terus memainkan ritma tersebut dan bermain sambil merekod bunyi baru dalam masa yang sama, ini kerana aplikasi ini menyokong fungsi rekod 4 channel. Bagi mereka yang kurang biasa dengan terma ini, 4 channel bermaksud 4 trek audio boleh direkod dan digabung menjadi satu trek. Selain itu anda juga boleh mengawal kelantangan audio pada setiap channel, menjadikan rakaman muzik lebih baik dan menonjol.

Muat Turun
You might also like