Recipe Book, Ribuan Resipi Boleh Dicuba!
Adakah anda tergolong dalam golongan orang baru hendak belajar memasak, ingin meningkatkan kemahiran di dapur atau pun ingin menambah pengetahuan resepi? Tidak kira apa matlamat anda di dapur, silalah cuba aplikasi Recipe Book yang membawakan ribuan resipi dari seluruh dunia. Anda boleh mencuba memasak makanan Korea, German, Itali dan bermacam-macam lagi.
Selain menyediakan senarai resipi, aplikasi ini juga hadir dengan fungsi kiraan kalori dan nutrisi, ini amat penting bagi memastikan anda mengambil kandungan tertentu dengan sewajarnya. Jika anda terjumpa resipi yang sedap dan ingin berkongsinya dengan rakan, mudah sahaja caranya, cuma tap butang share dan resipi kegemaran anda boleh dilihat rakan-rakan di media sosial, mahupun aplikasi mesej.