Footej Camera, Tangkapan Gambar Lebih Tertumpu!

1. Icon

Footej Camera adalah aplikasi kamera terbaru yang menawarkan antaramuka aplikasi yang kemas dan minimal. Sepanjang menggunakan aplikasi ini, anda akan perasan bahawa akses kepada ikon dan fungsi disusun dengan kemas dan teliti, menjadikan proses tangkapan gambar lebih tertumpu kepada subjek yang berada dalam viewfinder. Aplikasi ini mengaplikasikan API kamera terbaru Android yang menawarkan fungsi yang lebih luas dan kualiti imej yang lebih baik.

editSelain fungsi kamera yang ditawarkan, anda juga dapat mengakses gambar melalui galeri Footej. Sama seperti fungsi kameranya, galeri ini menampilkan konsep minimal dengan latar belakang hitam, gambar pula disusun mengikut garis masa. Jika anda mahukan aplikasi kamera dua dalam satu bersama galeri, bolehlah muat turun aplikasi ini.

Muat Turun
You might also like