
BUAL, Menjadikan Bual Lebih Efektif!
Sekarang, semakin banyak aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk membuat panggilan suara melalui data Internet dengan mudah. BUAL adalah salah satunya aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone. Selain boleh membuat panggilan secara percuma untuk pengguna BUAL, anda juga boleh membuat panggilan biasa dengan kos yang lebih rendah. Ia sekali gus menjadikan BUAL lebih efektif sekiranya anda membuat panggilan kepada keluarga ketika berada di luar negara.
Di samping itu, BUAL juga turut menyokong aplikasi permesejan untuk menghantar dan menerima teks. Untuk mereka yang aktif berhubung antara satu sama lain melalui panggilan suara ataupun mesej, mungkin boleh mencuba aplikasi BUAL yang ditawarkan secara percuma ini.