
Snorelax Alarm Clock, Penggera Pintar iPhone Anda!
Sepanjang minggu ini hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur, dan keadaan trafik juga berubah. Kepada anda yang sering sampai lambat ke tempat kerja, apa kata muat turun aplikasi Snorelax Alarm Clock. Ia adalah aplikasi penggera pintar yang akan berbunyi lebih awal daripada ditetapkan pengguna apabila mengesan kesesakan jalan raya. Lokasi kesesakan akan diberikan kepada anda serta ramalan waktu kelewatan perjalanan yang akan dilalui.
Buat masa ini Snorelax Alarm Clock hanya menyokong notifikasi kesesakan jalan raya di negara Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Arab Saudi, UAE, Taiwan, Australia dan New Zealand. Menurut Nordin Ouameur, Snorelax Alarm Clock bakal diperkenalkan di negara asia tidak lama lagi.