MWC 2020: Ada Kejutan Lagi Ke? realme TV Bakal Muncul Di Persidangan MWC 2020?

Kejutan demi kejutan! realme ada kejutan lagi ke? realme nampaknya dalam persediaan melancarkan televisyen pintar keluaran mereka – sekaligus memperluaskan lagi portfolio produknya. Lebih mengujakan, televisyen pintar dikatakan bakal muncul di Persidangan Mobile World Congress (MWC) 2020 yang berlangsung di Barcelona tidak lama lagi.

Pun begitu, ramai yang menjangkakan ia tidak akan diperkenalkan secara rasmi sebaliknya, mungkin sebuah pengumuman mengenai ciri – ciri menarik dan pelancarannya. Dengan kemunculan televisyen pintar ini, nampaknya realme kini terus melangkah setapak ke hadapan dan bersedia berhadapan persaingan dengan jenama lain seperti Samsung , LG dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, realme juga dikatakan bakal muncul dengan gelang pintar dan CEO Realme Madhav Sheth mengesahkan ia akan diperkenalkan pada bulan ini. So, stay tuned gais! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

 


Artikel Berkaitan : 

You might also like