
[Ura-Ura] : HUAWEI P40 Bakal Dibina Dengan Skrin Bersaiz 6.57″ Bersama Paparan Melengkung?
Tiada angin, tiada ribut tiba tiba berita kebocoran mengenai HUAWEI P40 mula menjengah di media sosial. Memetik sumber, HUAWEI P40 mungkin membawakan skrin bersaiz 6.57″ AMOLED dengan resolusi FHD+ yang menyokong HDR dan meliputi 100% ruang warna DCI-P3.

Selain itu, khabar angin tertiris turut mendedahkan bahawa model disertakan dengan paparan berlubang yang menempatkan dua kamera selfie. Jika diteliti imej bocor, lengkungan untuk model kali ini tidak begitu melampau seperti HUAWEI Mate 30 Pro – ramai berspekulasi tiada skrin air tenjun akan digunakan. Benjolan kamera juga kelihatan agak tebal.

Pun begitu, kebocoran tidak mendedahkan banyak mengenai spesifikasi utama dan kita mungkin bakal mendengarnya pada masa akan datang. Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan tidak diketahui kesahihannya, jadi sama-sama kita tunggu tuan empunya badan muncul. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

