Permainan Hearthstone Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia Dalam e-Sukan Di Sukan SEA 2019!

Buat pertama kali e-sukan dipertandingan di dalam kejohanan Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila. Namun sejak beberapa hari kita ketandusan pingat emas bagi acara ini dan akhirnya emas dalam acara e-sukan ini menjadi milik Malaysia menerusi kategori Hearthstone yang dimenangi oleh Weng Kean Yew (Wkyew).

Sungguhpun menghadapi detik sukar ketika cuba mara keperingkat akhir apabila beliau tewas di tangan pemain Singapura di peringkat penentuan. Beliau akhirnya bangkit dalam arena kurungan bawah tanah sehingga membawanya ke peringkat akhir.

Sebelum ini, Malaysia hanya meraih pingat gangsa dalam kategori Mobile Legends. Selepas ini 2 lagi wakil negara akan berentap dalam e-Sukan ini bagi permainan Tekken 7 yang mana Abdul Rahim dan Hee Zi Song akan berjuang untuk membawa pulang pingat emas untuk negara.

Tahniah dan sama-sama kita doakan kejayaan pasukan negara di Sukan SEA 2019!!

__________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like