- Iklan -

Yoodo & Wulf ESport Umum Pengakhiran Kerjasama Selepas Jalani Kerjasama Selama 3 Tahun!!

Setelah tiga tahun melakar sejarah bersama, kini kedua-dua pihak dalam gabungan Yoodo – Yoodo Gank telah mengumumkan pengakhiran kepada usahasama mereka.

Yoodo – perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia – pertama kali memberikan sokongan kepada pasukan esukan PUBG MOBILE tersebut ketika mereka menjuarai PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2018.

Yoodo juga merupakan syarikat Telco Digital Rasmi kejohanan tersebut. Selama tiga tahun bersama, pasukan Yoodo Gank telah berkembang dan membuktikan kecemerlangan mereka berulang-ulang kali terutamanya dalam tige kejohanan utama (PMNC 2018, Selangor Cyber Cup 2019, PMPL SEA 2020), seterusnya tampil sebagai kuasa
besar yang disegani dalam komuniti PUBG Mobile. Dengan sokongan padu dari Yoodo, pasukan tersebut telah melebarkan lagi pengaruh melalui komuniti esukan Yoodo dan pelbagai inisiatif pemasaran yang mengukuhkan lagi jenama mereka.

Salah satu kenangan terindah bagi kedua-dua pihak adalah kemenangan bersejarah Yoodo Gank yang mencipta rekod setelah mereka mengungguli kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Asia Tenggara (SEA) 2020. Kemenangan ini merupakan yang pertama dalam sejarah Malaysia dan selayaknya diabadikan di dalam The Malaysia Book of Records.

Yoodo Gank, atau dahulunya dikenali sebagai Gank.fty, merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik apabila pertama kali disorot oleh Yoodo pada tahun 2018. Pasukan tersebut terkenal dalam kalangan gamer dan peminat gaming kerana kemahiran tinggi dalam gaming serta sikap merendah diri mereka. Aiman Amirul, atau lebih dikenali denga nama dalam game (In Game Name, IGN) sebagai Manparang, merupakan ketua pasukan
Gank dan beliau merupakan seorang pemain PUBG yang tekenal bukan sahaja dalam negara, malahan di peringkat rantau juga.

You might also like