
Senarai Peranti realme Bakal Menerima Kemas Kini Android 10 Seawal Januari 2020 – realme C2 Pun Ada!
Berita baik untuk peminat realme! UI milik realme yang disesuaikan berasaskan ColorOS 7 dan Android 10 akan datang tidak lama lagi. Anda kini boleh mengalami peningkatan keselamatan, kestabilan perisian dan pengalaman pengguna yang konsisten melalui pengemaskinian kali ini.
Menurut realme India, peranti realme akan menerima kemas kini seawal Januari 2020, bermula dengan realme XT dan realme 3 Pro diikuti dengan realme X dan realme 5 Pro pada Februari, dan paling mengembirakan adalah realme C2 juga tersenarai dalam kemas kini di mana ia dijangka akan menerima pada suku ketiga 2020.

UI baharu berasaskan ColorOS 7 ini selain mengekalkan pengalaman grafik permainan yang lebih lancar di samping pengurusan RAM yang lebih baik, ia juga lebih dekat kepada ciri-ciri Android Asli.
Adakah pengguna realme di Malaysia akan mendapat kemas kini baharu ini, kita nantikan pengumuman selanjutnya dari pihak realme Malaysia.
_________________
BACA JUGA:
- Lagi! Peranti Berkuasa Kuda realme X2 Pro Bakal Menjelang Di Pasaran Malaysia?!
- [ Kongsi Gambar ] : Hasil Tangkapan Foto Dari Lensa Realme 3 Pro

