
Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway untuk memudahkan para pengunjung, dengan bangganya mereka telah mengadakan sesi pratonton media bagi memperlihatkan kemudahan sistem Sunway Smart Parking (Parkir Pintar Sunway).
Ia merupakan sistem pengecaman plat kenderaan bagi parkir tanpa tunai dan tiket, sokongan rakan kongsi e-dompet termasuk GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N ‘Go eWallet, dan Maybank QR bersama rakan kongsi kredit iaitu MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.
Dengan Sunway Smart Parking, pemandu hanya perlu mendaftarkan nombor plat kereta di portal Sunway Parking dan pastikan menyambung pada e-dompet yang terlibat. Setelah mendaftar dengan sistem ini, plat kereta akan diimbas dan palang akan terangkat secara automatik.
Bagi pengunjung yang tidak menggunakan e-dompet atau tidak mempunyai akses internet, mereka boleh memilih untuk membayar menggunakan kad Touch ‘n’ Go atau melalui sistem pembayaran automatik untuk tempoh tertentu bagi memberi ruang kepada masa penyesuaian.
Maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Sunway Pyramid.

